"Ayah, macam mana dinding dibuat?" tanya anak sulung saya, ketika melawat tapak rumah di awal pembinaan.
Macam mana nak menjawab? So, saya pun explain sambil membuat demo susun batu bata secara bertingkat-tingkat. Batu bata yang disusun bertindih atau rapat, perlu disimen untuk mengukuhkan ikatan sebelum dibiarkan mengering.
Saya pernah dengar dari tukang, ada beberapa cara dalam menyusun batu bata untuk membina dinding. Kalau sesiapa ada pengetahuan, tolong kongsi dalam ruangan Comment di bawah.
Kerja mengikat batu dibuat selepas beam tapak kering dan telah ditanggalkan papan acuannya. Antara lapisan beam dan barisan terbawah batu bata, 'tikar ikat batu' sejenis lapisan plastik asphalt berukuran 4 inci lebar diletakkan. Fungsinya, bagi menahan lembapan diserap dari bahagian bawah tanah naik ke atas dinding membentuk kulat atau kesan seperti lumut.
Manakala selepas 5 lapisan batu bata yang telah diikat, kawat besi akan diletak secara mendatar juga bagi mengukuhkan ikatan batu bata. Namun ada tukang berpendapat kawat besi boleh diganti dengan dua batang kawat BRC kecil (lebih kukuh, katanya) kerana disetiap penghujung kawat boleh dibengkokkan selepas beam tiang dibina.
Menyentuh beam tiang dan alang, ada yang berpendapat ia perlu dibina sebelum kerja ikat batu bermula kerana mudah untuk menentu ketegakkan dinding. Benang akan diikat dari alang ke lantai dibahagian kiri dan kanan serta ditentu tegak menggunakan timbang air. Kemudian satu lagi benang diikat secara mendatar dan ketika kerja mengikat batu, benang yang mendatar akan menjadi penanda ketinggian ikatan.
Hasilnya, ikatan batu kelihatan cantik dan kemas. Dan ini adalah teknik ikat batu yang digunapakai dalam standard pembinaan, kata Kontrakor kami. Itulah...dulu tak nak belajar vokasional. Aik!
Ada yang berpendapat, apa nak cantik-cantik, bukan ke lepas itu kena lepa dan disimenkan! Ha ha ha...ini kena tanya master atau sifu dalam Bina Rumah Impian.

mekasih bg idea.. lagi best kalau ade video demo. nak try2 wat pagar sendiri. saja nak wat isi masa. asyik jaga anak , kemas rumah pun boring jugak.. hehehe..
ReplyDeleteBtul...ikat bata tak perlu cantik2..janji tegak n bancuhan simen (ikat bata) kene betul
ReplyDelete