Thursday, November 12, 2009

Asas Arus Elektrik dan Elektronik


PENGENALAN

Untuk siri ini, kita akan bermula dengan pengenalan inovasi elektrik-elektronik. Banyak perkara-perkara di sekeliling kita menggunakan elemen-elemen berkaitan elektrik dan elektronik.

Bagi pembaca yang baru berjinak dengan dunia elektrik-elektronik ini, asas perkara ini amat penting untuk dipelajari dan difahami agar ia tidak menjadi satu perkara yang asing.

Sekurang-kurangnya ramai di antara kita yang akan celik elektrik-elektronik.

Bagaimana canggih sekali pun dunia siber sekarang, asasnya tetap sama.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama mempelajari sedikit sebanyak agar dapat menambah pengetahuan.

Tenaga elektrik adalah nadi yang terpenting dalam menjana alatan elektrik dan elektronik.

Oleh yang demikian marilah kita mengenali asas tersebut terlebih dahulu.

Bateri 1.5v Volt) banyak digunakan untuk lampu picit, alat kawalan jauh televisyen, radio dan sebagainya.

Bateri 12v biasanya digunakan untuk kenderaan seperti kereta dan lori. Walaupun saiznya berbeza namun ia tetap menjana tenaga sebanyak 12v.

Bateri 6v digunakan pada motosikal dan bateri 9v digunakan untuk pelbagai alat.

* Maklumat lanjut,

sila lawati laman web www.zulldesign.com.my dan boleh e-melkan sebarang pertanyaan ke mail@zulldesign.com.my Minggu depan: Elektrik dan elektronik (Motor DC).

Kredit Artikel & Imej : Mega, Utusan Malaysia 12 Sep 09.



Wednesday, November 11, 2009

Kayu Lagi


Baru berkarya pasal kayu balak dua hari lepas, hari ini keluar satu artikel utama sisipan Mega Utusan Malaysia hari ini bertajuk : Kayu Tempatan Diiktiraf Dunia.

he he he...aku tak de kena mengena dalam itu cerita. Kebetulan aje, cuma nak petik dua artikel berikut.

****

AWAL kurun ke-18, pokok jenis kayu keras (hardwood) seperti cengal, merbau dan resak merupakan bahan-bahan binaan yang boleh dikatakan popular di kalangan komuniti pembalak British.

Bahkan, United Kingdom (UK) yang baru sahaja menceburi industri perhutanan Malaya (ketika itu) telah mengiktiraf ciri-ciri komersial pada hasil hutan Semenanjung negara menerusi jurnal Commercial Woods of The Malay Peninsula - Malayan Forest Records, No. 1” cetakan tahun 1921.

Bagaimana pada tahun 1960-an, apabila berlakunya penukaran tanah berskala besar bagi tujuan pertanian, maka pembangunan pemuliharaan kayu balak barulah dilihat sebagai industri serius di Malaysia.

Hasilnya, kayu balak tempatan daripada spesies kayu keras sederhana dan ringan mendapat pengiktirafan yang luar biasa di pasaran dunia.

Spesies Dipterocarp seperti meranti, keruing dan kapur turut mendapat populariti mendadak dan sejak itu mendominasi sektor balak negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai industri pembalakan negara dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), kunjungi laman web www.mtib.gov.my atau hubungi 03-92822235.

****

DIANGGARKAN terdapat lebih 3,000 spesies kayu tempatan di negara ini. Bagaimanapun hanya 100 spesies digunakan secara komersial antaranya kapur, keruing, balau, meranti, kelumpang, kembang semangkuk, ketapang, kandis, merbau dan banyak lagi.

Kayu balak tempatan diklasifikasi mengikut empat kategori iaitu Heavy Hardwood (HHW), Medium Hardwood (MHW), Light Hardwood (LHW) dan Softwood (SW).

Klasifikasi bagi ketiga-tiga kategori kayu keras (hardwood) dibuat berdasarkan ketumpatan purata pada 15 peratus isipadu kelembapan.

Sementara kumpulan kekuatan kayu juga dibahagikan kepada empat A,B,C dan D mengikut kekuatan tekanan selari dengan ira kayu (N/mm²).

MTIB juga mengukur ketahanan semula jadi teras kayu mengikut tempoh usia spesies iaitu;

* Sangat tahan lama - lebih 10 tahun

* Tahan lama - 5 hingga 10 tahun

* Agak tahan - 2 hingga 5 tahun

* Tidak tahan lama - 2 tahun ke bawah sahaja

Tahukah anda bagaimana untuk mengenali jenis-jenis spesies kayu berbeza dan jenis produk yang sesuai dihasilkan mengikut tahap kualiti serta ketahanan sesuatu spesis?

Contohnya, kayu keras padu (HHW) seperti balau atau balau merah dengan ketumpatan antara 800 hingga 1,155 kg/m³ sangat tahan lama tetapi sukar dirawat disebabkan ciri-ciri tersebut.

Spesies ini sesuai digunakan dalam pembinaan berat seperti jambatan, dermaga, landasan, cerucuk, menara pemancar, tiang sokongan, rangka bot, lori, trak, pintu, tingkap, lantai dan perabot tahan lasak.

Begitu juga jenis HHW lain termasuk belian, chengal, kekatong, keranji, merbau, penaga, resak dan tembusu.

MHW iaitu derum, teruntum, entapuloh, kasai dan kapur digunakan untuk pelbagai tujuan selain binaan tahan lasak seperti pemegang alat, palet, kotak, kemasan dalaman dan papan lapis.

Kategori LHW terdiri daripada seperti ara, berangan, binuang, dedali, ketapang, meranti bakau dan nyatoh.

Sifatnya yang kurang tahan lasak berbanding jenis MHW dan HHW membuatkannya lebih sesuai dijadikan lantai parket, dek, kabinet, pembahagi ruang, siling, permukaan kaunter dapur dan kemasan dekoratif.

Agak sukar didapati, kayu dari luar negara menjadi pilihan ramai walaupun lebih sukar dibentuk kerana berisi padu lebih berat dan mampat berbanding kebanyakan spesies.

Antaranya sentang atau mahogani dari Amerika Syarikat (AS) dan Afrika Selatan yang lazim digunakan dalam binaan rumah, perabot mewah, panel dan pintu.

Jati Burma atau Burmese teak juga menjadi pilihan ramai termasuk rakyat tempatan sendiri yang mendapatkannya dari Indonesia disebabkan harganya yang kompetitif.

Lain-lain jenis kayu import termasuk walnut yang diakui segelintir pengeluar perabot sebagai bahan kemasan bernilai bagi perabot, panel berukir dan venier. Boleh ditemui di utara, tengah dan selatan AS, Eropah dan barat daya Asia.

Kayu oak pula dahulunya menjadi asas binaan kediaman dan kapal dagang British. Hari ini ia menjadi pilihan utama untuk rangka sambungan, panel, lantai, pintu dan pagar serta boleh didapati dalam pelbagai warna daripada kuning lembut sehinggalah kuning kemerahan.

Salah satu spesies kayu berbau wangi, berwarna gelap dan berira halus iaitu kayu rosewood pula merupakan eksport utama Amerika Selatan dan barat, tengah serta selatan India.

Rosewood juga amat digemari kerana mempunyai permukaan menyerupai jubin dan menaikkan seri kediaman terutama selepas digilap.

Tuesday, November 10, 2009

Nurseri Sungai Buloh



Perjalanan pulang dari majlis nikah di Ipoh pada 11 Oktober 2009 (dah sebulan rupa2nya) , sempat melencong susur keluar Sungai Buloh...apa lagi?

Sejak dari Ipoh Lela dah hint kat Pilot untuk singgah cuci mata, sambil membeli barang 10 keping rumput spesis philipine yang mati diratah anai-anai. Bila bertanya kat mak mertua sama ada ok untuk singgah atau tidak...sempoi ajer..."Ehh...mak tak kisah. Kesian kat Azan yang penat drive..." berlapik ayat mak mertua den. Menantu popular dik! Ahaks!

Perlahan aku menyusuri laluan melepasi Hospital Sungai Buloh di sebelah kanan. Pusat Kusta Negara di kiri jalan. Kelihatan nurseri pertama di pintu masuk Kolej Kejururawatan Sg. Buloh membuat Lela dah tak senang duduk...huyyo! Anak-anak mula tersedar dari lena. Itulah lokasi regular aku membeli rumput dan batuan.

Ke depan 500 meter, menanti satu lagi nurseri di kanan. Tak cukup menarik dan slowly masuk simpang kiri dan 'syurga' nurseri menanti kami!

Ek eleh...ada juga penjual durian dan rambutan! Abaikan.

Deretan nurseri. Tak tahu nak kata apa, sebut lah apa jenis lanskap dan spesis tanaman bunga, palma, rumput, pasu termasuklah aksesori seperti batuan, rail-sleeper tiruan, water pump dan baja. Eh! Tempurung kelapa dan sabut pun dijual. He he he...mak mertua aku cool duduk dalam Naza Ria, mengawal 'keadaan'.

Nasib baik dah takde space dalam kabin, kalau tidak ada dua tiga pasu pasti 'terselit'. Ini mengingatkan aku masa bercuti ke Cameron Highlands Mac 2007. Iklim sederhana lembab sesuai bertanaman lavender, lily, orkid hidup subur. Pun begitu 2-3-4 pasu dibawa pulang juga

Lela membuat rayuan atau lebih tepat 'cadangan' ..."Buatkan rumah orkid satu, saya rasa nak mula tanamlah."

Terfikir sejenak, lokasi untuk rumah orkid bersaiz 6' x 6' masih ada - di sebelah buaian tepi garaj kereta. Redup dan dalam zon lanskap & santai. Tapi kurang strategik Cik Ayang pasal bersebelahan kawasan hutan paya tu... Favourite spot geng monyet dan kera. Nanti habis dilatam, punah ibarat 'Monyet diberi bunga'. Ada betulka?

Saya suka idea tu. Ok, boleh masuk dalam "Budget Challenge for 2010".

Teringat, 20 tahun lalu rumah Atuk menduduki tempat ketiga dalam Pertandingan Kecantikan Rumah Negeri Melaka. Sentuhan Mak Lang dan ehem ehem...dapatlah hadiah sepasu pohon 'tak ingat nama'. uhuk uhuk uhuk...dah tua dik!

Kredit Imej : www.cs.ucdavis.edu

Monday, November 9, 2009

Kayu vs Batu



Semalam, ke Sungai Mati Muar untuk menemui pelanggan sekitar jam 3 petang. Dari rumah memasuki lebuh AMJ dan susur kiri keluar Parit Perawas, Sungai Rambai. Melewati kawasan kampung dan ladang sawit sebelum melintasi jambatan penyambung sempadan Melaka - Johor di Sungai Kesang. Terbentang sawah yang menghijau dan sebahagian masih bertakung air penanda awal musim menanam benih padi.

Mudah dan selesai berurusan kira-kira 30 minit kemudian beransur pulang. Perut belum terisi, jadi dalam perjalanan pulang ke Melaka saya cuba-cuba mencari gerai tepi jalan berjualan santapan ringan dan basahan tekak. Ada satu gerai saya spotted untuk disinggah ketika dalam perjalanan pulang betul-betul ditepi tali air berhadapan sawah - Kampung Kesang Tasek namanya.

Tiada banyak pilihan dan terus memilih laksa dan air limau segelas. Sementara laksa disediakan, saya capai balang plastik berisi kerepek goreng rupa muruku adunan tepung beras. Makanan orang Jawa mungkin. Rangup dan sedap dimakan begitu sahaja walaupun sipenjual mempelawa pencicah sambal dan sos.

Disebelah meja ada seorang pelanggan sekitar umur 50 an' yang sedang melayan berbual dengan sepasang pengunjung di meja hujung. Rancak dari topik motor klasik jenama Honda 50cc tahun 50 an', skuter, kereta Mini dan Fiat 500 . Selit cerita moyangnya jual kereta pada harga RM50 sekitar tahun 60 an kereta Mini model pertama; bertukar topik minatnya sehinggakan ke Bagan Dato Perak bagi mencari kereta Mini namun enggan dijual kerana besar kegunaan termasuk mengangkut hasil kelapa.

Kawan yang 'beregu' cuma angguk-angguk kepala, tekun mendengar sambil menambah-nambah 'perisa'. Hi hi hi...suasana kampung, apa lagi nak dibuat dihujung minggu sambil lepak-lepak, berbual kosong. Modal secawan dua air dan rokok dua tiga batang.

Tiba-tiba berpindah topik pembinaan rumah dari bahan kayu cukup menarik minat aku yang leka layan "blues tepi sawah".

Terdengar cerita kenalan pemain 'single' itu membeli rumah kayu di Terengganu pada modal RM3 ribu. Tanggalkan dan bawa pindah ke pekan Sungai Rambai di sebelah Mini Market dan dipasang semula dengan penambahan. Sedang rancak disiapkan dan menjadi focal point atau landmark di pekan koboi tersebut.

Katanya kayu jenis Belian adalah yang terbaik mengalahkan Chengal dalam membina rumah kayu. Sebuah rumah milik seorang pemimpin kampung di Bagan Dato berasaskan kayu Belian termasuk atapnya. Bahan kayu diperoleh dari Semarang Jawa Tengah, berkapal-kapal dengarnya.

Tuan punya gerai 'tumpang semangkuk' mengakui kekuatan kayu Belian yang menjadi pilihan masyarakat Pribumi Sawarak membina rumah panjang - disaksikan ketika bertugas di sana. Mungkin pesara anggota keselamatan melihat susuk tubuh tegap dan wajah serius.

Satu ketika dulu, kata orang kalau rumah dibina berasas batu bata terus dirujuk sebagai "orang kaya" namun tidak lagi sekarang. Hendak dibina rumah banglo berasaskan kayu kayan pada hari ini, memerlukan bajet besar. Bahan satu hal, kerja tukang pun perlu ambilkira. Kerja halus dan paling tak tahan penjagaan. Cuaca Tropika mencabar ketahanan binaan. Mementingkan nilai estetika.

Pergh!!! Dah macam ulasan majalah dekorasi.

Sesi 'Hujah' terhenti apabila pasukan bergu memohon beransur diri. Ingatkan dah habis, bersambung pula sesi 'Penggulungan' antara pemain single dan tuan punya gerai. Masih lagi topik rumah kayu vs rumah batu!

Ha ha ha...sebelum aku menjadi 4th debater, segera aku panggil tuan punya gerai dan RM4.50 bertukar tangan. Kalau tidak, entah-entah jam berapa aku boleh mengangkat punggung...

Kredit Imej : sabahforest - pokok tualang.

Monday, November 2, 2009

Pergi Tak Kembali

Ahad, pagi 1 Nov 2009 sibuk mengemas di luar rumah usai majlis persandingan adik lelaki isteri hari Sabtu, 31 Oct. Sekitar jam 10.30 pagi, Lela melaung dari dalam ada panggilan telefon dari Mak Jah. Jawab salam dan cemas saja suara mak.

"Atuk pengsan kat R&R Ayer Keroh, dari KL ke Melaka. Dengan Busu. Tapi tak dapat cerita sebenar, line pun susah masuk. Azan cuba call Busu, tanya-tanyakan apa yang boleh tolong."

"Okey mak." Ringkas jawapan aku sambil mencari nombor telefon Busu. Dah jumpa, terus dail. Line tak masuk, berkali-kali aku cuba. Tak tenang hati aku dibuatnya!

Aku teruskan mengemas. Sambil memasang telinga, menanti panggilan masuk.

Sejam kemudian, Along pulak telefon.

"Dik, kau tahu tak pasal atuk?"

"Tahu, mak cakap atuk pengsan kat R&R Ayer Keroh."

"Itu tadi, dan sekarang, atuk dah meninggal...Kita dah takde Atuk, Dik...!"perlahan, sebak dan sayu suara Along.

Ya Allah! Innalillah wainnalillahhirajiun.

Along mintak aku bantu siapkan rumah atuk kat Jambatan Duyong, menunggu ketibaan jenazah dan seluruh keluarga yang semuanya berada di Kelana Jaya sejak Jumaat lepas.

Aku menyudahkan kerja dan segera menuju ke rumah Atuk.

************************************************************************************

Atuk, Ja'afar bin Abu Bakar dilahirkan pada 3 September 1926. Anak lelaki sulung dari 7 beradik dibesarkan di Muar dari kalangan keluarga susah, walaupun berlatarbelakang dari keluarga Penghulu Mamat yang terkenal di sana.

Maju di alam sekolah rendah sehingga satu ketika diminta mengajar Ilmu Hisab yang jarang dikuasai anak melayu. Mendaki zaman remaja dengan membantu saudara mara berniaga di Pekan Muar dan berulang alik dari Melaka hanya berbasikal.

Mendirikan rumahtangga dengan Che Pah bte Mahadi hujung 1940'an hasil aturan keluarga. Seusia muda itu, beliau telah menyertai anak-anak muda Melaka merantau ke Singapura untuk mencari rezeki. Kelasi kapal dagang pilihan kerjaya anak-anak muda ketika tu.

Berlayarlah 'sang kuli' dilambung hempas ombak lautan. Ketika rakan lain tidur lena di waktu malam, beliau mentelaah matapelajaran untuk menduduki ujian demi ujian. Ilmu perkapalan diterokai, ilmu kedudukan bintang, pasang surut lautan dan 1001 ilmu diceduk.

Afrika Selatan, Hong Kong, London, Cairo, Terusan Suez, Sydney. Sebut sahaja lokasi persinggahan. Di pelabuhan, rakan kelasi mendarat namun beliau selesa di atas kapal. Mencari rezeki sambil berniaga. Burung kakaktua pun pernah dijualbeli. Beli $100 jual semula di lokasi lain berganda harga. Kata seorang taukeh Cina, "Lu kapal boleh bawak. Tapi bila pencen nanti, belum tentu lu boleh bawak motor atau kereta."

Chief Officer, Captain Jaafar Abu Bakar. Itulah pangkat atuk sehinggalah bersara pada 1977 dan terus menetap di Melaka. Masih segar diingatan sesekali Atuk pulang bercuti, beliau dihantar dari Singapura menaiki kereta Jaguar milik majikan.

1978 Atuk ke Mekah bersama Che Pah (menaiki pesawat) namun ujian besar menimpa jemaah ketika itu bilamana Gerakan Revolusi bersenjata api menawan Masjidil Haram diwaktu Asar dan beliau antara yang terperangkap berjam-jam di dalam masjid. Berjaya menyelamatkan diri dan sejurus itu terus dihantar pulang sehelai sepinggang. Jemaah yang lain tertanya-tanya, macamana Haji Jaafar boleh terselamat? Atuk jawab sempoi..., "Allah telah selamatkan aku."

Berkebun di Ayer Tawar (25km) dengan menanam koko, durian, duku dan rambutan setelah bersara. Setiap hari ke sana menaiki bas. Hujung minggu dan cuti sekolah, abah dan kami (Along dan aku) datang membantu mengangkat baja, anak benih, menyiram pokok dan kutip buah kelapa.

Paling best main kejar-kejar dengan along dalam kebun. Terlanggar anak pokok, patah pulak dahannya dan kami pula kena kejar dengan atuk. Setakat dikejar dengan parang dan cangkul, itu dah kira 'ringan'. Makan ala kadar berkongsi dengan Atuk. Atuk kalau geram, dijegilnya mata bulat-bulat.

Cerita susah, berdikari, keazaman untuk membaiki kehidupan keluarga selalu Atuk 'dendangkan'. Kadang-kadang cerita yang sama kami dengar. Bukak aje cerita pengalaman berlayar, kami dah tahu 'skripnya'. Itu lah Atuk.

Sepanjang tahun ini, berkali-kali Atuk mintak Mak dan Pak Lang call aku untuk datang berjumpa. Rutin aku sibuk dihujung minggu. Tapi aku kena curi masa juga dalam sibuk. 5 minit atau 10 minit cukuplah, kata Mak. Sementara hayat dia ada, kata Mak lagi.

Sehingga saat-saat bulan akhir hayatnya, masih mendendangkan 'melodi' yang sama. Tapi ketika itu aku mula rasakan yang cerita itu tiada siapa yang dapat ulangkan semula, melainkan Atuk sendiri. Aku cuma tekun mendengar dan melayan sambil tersenyum bila Atuk sendiri terketawa tanpa gigi digusi. Atuk kuat ingatan walaupun diusia lewat 80 an. Kadang-kadang hampir satu jam mendengar dia berceloteh. Dari satu ke satu topik.

Satu hari aku mula terasa lain bila sedang aku duduk melayan blues, Atuk berjalan menghampiri dan bertanya pada aku, "Kau siapa?" Segera aku perkenal diri dan atuk terus cakap mungkin berhelah, "Mata aku dah tak berapa nampak...Zan...! Tapi yang best, sejurus itu berkongsi juga sebabak dua kisah silam.

Ramadhan tahun ini, Atuk tak mampu untuk berpuasa. Awal September 2009, Atuk dirawat di Hospital Besar, Melaka. Kata Atuk, tak seperti tahun-tahun lalu bilamana beliau mampu khatam Quran dua kali sepanjang Ramadhan. Sunat terawikh dan witir tak tinggal. Solat tahajjud pun sama. "Aku dah nak mati Zan..." tapi segera aku sangkal cakap Atuk.

Ulangtahun kelahiran ke 86 Atuk masih di hospital. Dua hari berikutnya, Atuk dibenarkan keluar dan Mak minta aku mengendali segala urusan. Bil, Farmasi dan surat rawatan susulan. Dalam sibuk-sibuk nak kendali majlis adik Lela, majlis berbuka puasa Ria Family aku berlari-lari curi masa. Sempat juga Atuk pesan pada aku, jangan lupa wang RM200 yang diberi sebulan lalu untuk ditukar kepada not RM1 sebagai duit raya kepada tetamu menjelang malam takbir hari raya nanti.

Kata Atuk, dia redha jika Allah ambil nyawanya setelah cucunya, Abdul Majid Firdaus bin Ibrahim selamat diijab qabul. Perkara yang sama diulang ketika aku dan Azri menyarung pakaian Atuk di malam bersejarah Jumaat, 24 Oktober 2009. "Aku rasa sihat pulak malam ini...Zan" kata Atuk.

Sejurus tamat majlis nikah, Atuk memeluk Firdaus yang tinggi lampai dan terus menadahtangan dan berdoa. Jurukamera tak henti-henti merakam saat-saat itu. Aku sebak sambil menanti untuk memapah semula Atuk sebelum diletak atas kerusi roda.

*************************************************************************************

Sekujur jenazah yang telah siap dimandi dan dikafankan. Bilal Haji Mahad menjemput anak menantu dan cucu untuk membuat penghormatan terakhir. Aku papah Nenek We hampir ke jenazah dan duduk atas kerusi plastik, namun hanya mampu memandang dengan sayu. Sukar diselami perasan Nenek We yang telah berkongsi hidup lebih 60 tahun.

Tiba giliran aku. Aku beri salam pada jenazah Atuk dan dikucup dahi, pipi kanan, kiri dan akhirnya didagunya. Aku tahu, inilah yang terakhir aku dapat tatap wajah Atuk di alam dunia ini. Segera ditutup wajah jenazah dan keranda usungan sedia dibawa masuk dari luar. Terdahulu aku meminta Anjang batalkan tempahan Van Jenazah untuk ke tanah perkuburan. Kata aku, ini peluang akhir anak cucu dan saudara sekampung beri perhormatan.

Seperti anak-anak, menantu dan cucu-cucu yang lain cukup merasai pemergian Atuk. Dalam redha, Al Fatihah untuk Haji Jaafar bin ABu Bakar (1926-2009). Semoga Allah meletakkan roh Atuk dikalangan orang-orang yang terpilih dan beriman.

Friday, October 23, 2009

Jemputan



Salam Sejahtera.

Tuan Puan pengunjung blog Bina Rumah Impian.

Dengan rasa rendah diri dan mengalu-alukan, saya dan isteri Nurlela Ghauth ingin menjemput semua ke majlis perkahwinan adik isteri saya sdra Sazali Ghauth dengan pasangan Nur Hafiza Shamsuddin di Casa Bonda pada Sabtu 31 Oktober 2009.

Majlis bermula jam 11 pagi dan insya Allah berakhir jam 5 petang. Acara perarakan ketibaan Raja dan Permaisuri sehari dijadual pada jam 1.30 petang.

Lokasi majlis adalah di rumah kami, dan rujuk peta di bawah post blog Bina Rumah Impian ini. Semoga kehadiran Tuan Puan dan keluarga membawa kunjungan rahmat.

Kredit Imej : kadkahwinku.com

Thursday, October 22, 2009

Penyaman Udara Buatan Tangan


SEPERTI dijanjikan minggu lepas, keluaran kali ini memaparkan inovasi yang tidak kurang hebatnya iaitu penyaman udara buatan sendiri.

Cuba jangan membayangkan jenama sedia ada di pasaran kerana harganya mahal, tetapi inovasi ini memberi satu pilihan terbaik untuk mereka yang suka melakukan sendiri.

Pada akhirnya, matlamat yang anda ingini ialah menyejukkan bilik atau ruang rehat tanpa memikirkan bil elektrik yang mungkin meningkat daripada biasa.

Kalau hendak berbangga juga dengan ciptaan anda, letakkan jenama kesukaan supaya anda berbangga kerananya.

Alatan yang digunakan:

*Kipas ( kipas meja )

*Papan tebal lima inci lebar x 1.5 kaki panjang x 10 milimeter (mm) tebal> dua keping

*Papan tebal 5 incilebar x dua kaki panjang x 10mm tebal > dua keping

*Jaring nyamuk ( 2 kaki x 1.5 kaki ) - sekeping

*Kain lampin

*Paku

*Bekas takung air

Langkah 1

Bina bingkai kayu dari papan lima inci hasil kotak berukuran 1.5 kaki x 2 kaki x 5 inci

Langkah 2

Tutupkan bahagian belakang kotak kayu dengan meletakkan jaring nyamuk menggunakan paku.

Pastikan jaring berada dalam keadaan tegang .

Langkah 3

Basahkan kain lampin kemudian tutup bahagian belakang jaring tadi dengan kemas.

Langkah 4

Gunakan bekas takungan air yang dapat memuatkan saiz kotak kayu, isi air sehingga separuh bahagian takungan.

Masukkan bingkai kayu yang telah siap dipasang dengan jaring dan lampin tersebut ke dalam bekas takungan air.

Pastikan bahagian bawah kain lampin sentiasa berada dalam air supaya ia sentiasa berada dalam keadaan basah.

Langkah 5

Letakkan kipas menghadap ke depan seperti gambar rajah.

Hidupkan suis kipas untuk melihat hasil yang di peroleh .

Setelah kipas dihidupkan, kita akan dapati udara panas akan di sedut melalui kain lampin tersebut .

Penyerapan haba akan berlaku apabila kain lampin menyerap air di dalam takungan dan mengeluarkan udara sejuk melalui kipas .

Kredit Artikel & Imej : Sisipan MEGA, Utusan Malaysia 22 Okt 09.

Wednesday, October 21, 2009

Artikel Merawat Buluh

Minggu lalu, ada pos berhubung idea nakal nak membina wakaf dari bahan buluh. Tup tap, hari ini dalam sisipan Mega Utusan Malaysia, ada artikel berhubung industri buluh. Macam ada chemistry aje dengan pihak Utusan...Jom baca sikit!

Formula merawat buluh


SEBAIKNYA negara yang beriklim khatulistiwa seperti Malaysia ini memanfaatkan perabot yang diperbuat daripada buluh kerana sifatnya yang menyejukkan kediaman.

"Buluh dikatakan sejuk kerana sifat semula jadi kayunya yang mempunyai liang serta berbentuk tabung serta berongga.

"Ciri ini membolehkan udara dingin yang disimpan pada malam hari dibebaskan menjelang siang sekali gus mengubah suasana kediaman menjadi sejuk dan nyaman.

"Sebaliknya, pada malam hari, kediaman tidak akan terlalu sejuk kerana hawa panas yang disimpan sejak siang dibebaskan," katanya Ketua Pegawai Eksekutif Istana Buluh Sdn. Bhd., Mior Shariman Mohsin yang tidak jemu-jemu membuat kajian terhadap tumbuhan dari jenis sayur-sayuran ini.

Menerusi kajian yang dilakukan, Mior Shariman menemukan formula bagi mendapatkan buluh yang berkualiti.

"Sebelum buluh dibuat perabot, ia perlu diawet terlebih dulu bagi menghindari masalah bubuk, kulat dan cendawan. Tiga langkah pengawetan dikenal pasti termasuk merendam kayu itu selama sebulan dalam air biasa sebelum disambung dua minggu lagi di dalam lumpur lalu dijemur hingga kering.

"Itu cara tradisional, manakala kaedah moden pula menuntut penggunaan bahan kimia tertentu. Tempoh selama sebulan diperlukan sebelum buluh sesuai dibentuk sebagai perabot.

"Bahan kimia boraks menghasilkan perabot buluh berwarna gelap manakala borik menjadikannya berwarna putih," jelasnya.

Kesesuaian buluh sebagai perabot terserlah menerusi aspek ketahanannya yang berciri tahan lasak berbanding kayu getah dan jati, lebih-lebih lagi jika usia perabot berkenaan melangkaui 50 tahun. Bagaimanapun kata Mior Shariman, tidak semua buluh boleh dijadikan perabot, sebaliknya ia perlu menjalani proses pemilihan dan saringan ketat.

"Buluh bermutu dijadikan perabot berusia dalam lingkungan empat hingga lima tahun. Empat tahun dikira matang dan layak ditebang. Jangan tunggu sehingga lima tahun untuk membentuk perabot kerana yang dihasilkan mudah pecah dan merekah.

"Bagi berusia bawah empat tahun, buluh boleh mengecut dan tidak sesuai dibuat perabot," jelasnya lagi.

Demi menambah elemen menarik dan praktikal pada perabot buluh rekaan syarikatnya, Mior Shariman menambah bahan tambahan seperti besi, kaca semuanya untuk menambah seri dan kesesuaian fungsi perabot keluarannya. Turut berbangga kerana pasaran luar negara seperti Perancis telah membuka mata dan berminat untuk mengembangkan pasaran perabot buluh.

"Kami kini sedang melakukan penanaman spesies buluh hitam dan berkualiti yang biasa ditemui di Myanmar untuk diusahakan di sini. Pada masa sama, syarikat juga berminat mengelolakan bengkel membuat perabot berkenaan bagi usahawan berpotensi selain membuka peluang serta khidmat nasihat pelaburan bagi peniaga yang berminat menceburi industri ini," katanya.

Artikel dan Imej Sisipan Mega : Utusan Malaysia 21 Okt 2009.



Tuesday, October 20, 2009

Atap Genting

Kih kih kih...

Tertawa aku mendengar cerita Azizi yang tak sependapat dengan Hanim berkait memilih warna atap genting. Suami memilih warna tanah liat manakala isteri berkenan tona warna gelap, seiras warna atap genting rumah kami, Black Charcoal. Alahai...telah kuharungi saat-saat indah itu...

Tak dinafikan warna gelap tersebut lebih menarik dan kurang jelas kesan lumut berdaki selepas satu tempoh lama.

Kalau dilihat trend pula, benar. Sebelah kanan plaza tol Lebuhraya Mines menuju Sri Kembangan, tak silap projek The Lake Fields mengadaptasi tona yang sama. Berhampiran lokasi rumah kami, ada 2-3 rumah banglo yang baru didirikan mirip warna atap gentingnya. Lebih nampak cantik jika palitan cat pada dinding luar menggunakan skima warna putih dan kelabu atau coklat. Macam rumah kami...ha ha ha...!

Akhirnya minggu lepas satu trelar berisi 4,000 keping atap genting jenama Premier warna pilihan Anim menyusur masuk lokasi projek. Dipunggah turun dan disusun menggunakan tangan dan tulang empat kerat, tiada forklift mahupun kren.

Kerja memasang rangka bumbung telah siap. Dan minggu ini dirancang dalam tempoh empat ke lima hari akan siap kerja menaikkan atap genting. Reka bentuk bumbung dengan hips yang minima mengurangkan kerja potong memotong atap genting sekaligus mempercepatkan kerja. Cabaran 'getir' menunggu dalam memotong atap genting pada ukuran lurus dan cantik membentuk alur longkang dibahagian bumbung.

Rabung atap, tak banyak cabarannya cuma perlu diplaster simen untuk mengukuh ikatan. Sementara itu, kepala tukang menyiapkan kerja menaik kayu papan pemanis dihujung cucur atap. Overhang berukuran standard 2' cukup untuk mengurang tempias air hujan ke dinding. Dan siling pada overhang juga mula dipasang pada cerunan atap.

Agak pantas dan cekap kali ini, komen saya pada tukang. Balas kepala tukang, "Saya ada kat sini setiap hari, budak-budak pun tak boleh mengelat". Teringat masa kerja membina rumah Mimi (kakak Hanim), akibat kepala tukang jarang berada di tapak projek, terlajak banyak hari dari jadual.

Itu saya tak hairan. Lebih kagum, atap genting cuma berbaki sekitar 20 puluh keping setelah siap dipasang dalam tempoh lima hari. Cekap betul kiraan Azizi. Lulusan Statistik UTM, kerja di Intel Penang.


Monday, October 19, 2009

Petua Hias Ruang Tamu

RUANG tamu merupakan satu tempat yang paling penting bagi sesebuah rumah. Ia menjadi satu ruang di mana seisi rumah berehat dan bersantai setelah sehari suntuk bekerja atau berada di luar.

Ruang tamu juga menjadi tempat yang dituju apabila tetamu datang berkunjung ke rumah. Pendek kata ruang tamu memainkan peranan yang amat bererti bagi sesebuah kediaman.

Sebab itu bagi setiap projek perumahan, pasti ada disediakan ruang tamu tidak kira sama ada rumah tersebut apartmen, rumah teres setingkat, rumah teres dua tingkat, kondominium, banglo dan sebagainya. Pendek kata baik rumah kecil atau rumah besar, pasti ada ruang tamunya.

Dalam cara menata hias ruang tamu, mesti ada peraturan yang harus diikuti agar ruang tamu nampak dan berasa selesa bagi pemilik rumah atau tetamu.

Bertemu dengan Pengarah Urusan Impiana Dagang, sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja hiasan dalaman, luaran, grafik, kraf, perabot, soft furnishing dan sebagainya, Zarina Noor Mohamed Al-Haj, banyak panduan yang diberikan bagi menghias ruang tamu rumah.

Kata pakar hiasan dalaman ini, ketika menghias atau mengisi perabot di ruang tamu, ia mestilah bersesuaian dengan saiz ruang itu sendiri.

''Perabot untuk ruang tamu mestilah padan dengan keluasan ruang itu sendiri. Jika ruang tamu kecil seperti rumah pangsa atau rumah teres kos rendah, sofa yang dipilih juga mestilah kecil.

''Pastikan juga jarak di antara satu sofa atau kerusi tidak terlalu jauh kerana kita tidak mahu orang yang berbual di sini menjerit-jerit di antara satu sama lain apabila bercakap.

''Ruang tamu juga akan lebih berseri dan nampak hidup jika terdapat satu atau dua pokok hidup.

"Jangan letak pokok plastik kerana ia akan membuatkan ruang tamu nampak kaku. Kalau tidak ada pun pokok hidup, sejambak bunga hidup pun sudah memadai,'' kata Zarina yang ditemui di pejabatnya di Taman Zoo View, Ulu Kelang, Selangor.

Beliau menambah, bagi menyegarkan ruang tamu, letakkan semangkuk pot-pouri atau nyalakan lilin wangi yang diletak di dalam mangkuk air.

Zarina mengingatkan agar pemilik rumah jangan mengabaikan ruang tamu kerana setiap tetamu yang datang ke rumah akan dibawa ke ruang tamu.

''Adalah lebih baik jika ruang tamu tidak diletakkan televisyen kerana akan mengganggu perbualan lebih-lebih lagi jika suara televisyen terlalu kuat. Sebaik-baiknya letakkan televisyen atau radio di bilik lain. Bagaimanapun jika terpaksa kerana tidak ada ruang lain maka terpaksalah juga meletakkan televisyen di ruang tamu.

''Penyusunan perabot bergantung pada pemilik rumah sendiri. Walau apa pun pilihan anda sama ada Bali tropika, antik, moden, zen, kontemporari atau retro, pastikan jangan terlalu padat kerana lebih ringkas adalah lebih baik.

''Sesetengah orang sukakan gaya tropikal, jadi hiasan dalaman tersebut mestilah ada kayu, sofa, permaidani, buluh dan hiasan dinding daripada kain pua,'' ujarnya lagi.

Beliau berkata, bagi ruang yang sempit, warna dinding mestilah terang kerana warna gelap akan menampakkan ruang menjadi sempit. Pilih warna-warna lembut seperti putih, kuning air dan krim. Dinding yang dicat dengan warna putih atau warna lembut mudah disesuaikan dengan apa sahaja warna sofa atau bingkai gambar.

Pun demikian, tambahnya, rumah yang mempunyai banyak sudut atau berbelok-belok boleh dicat dengan warna berbeza pada setiap sudut.

''Ada juga yang inginkan kelainan dengan melekatkan kertas dinding. Bagaimanapun rumah yang banyak barang tidak sesuai menggunakan kertas dinding kerana rumah akan nampak lebih berserabut.

''Rumah yang tak banyak perabot boleh menggunakan kertas dinding tetapi jangan semua dinding diletakkan kertas dinding. Letak pada satu bahagian sahaja,'' jelas Zarina. - MERAN ABU BAKAR : [MEGA] Utusan Malaysia 19 Okt 2009.

Friday, October 16, 2009

Serangan Semut



Kami dah tak tahan dengan serangan demi serangan serangga semut. Macam-macam jenis ada dari yang dikenali nama semut halus, semut hitam hinggalah semut api.

Pantang aje sisa makanan atau manisan terjatuh atas lantai, dijamin dalam tempoh 10 minit maka muncul seekor dua semut datang recce lokasi. Dah jumpa, buat-buat sibuk bagi signal kat kawan-kawan. Di celah tingkap, di belakang rekahan simen, turun dari siling...jom kita serangggg!!!

Lela memang dah hampir hilang sabar dengan 'karenah' semut. Dah berbotol-botol tin penyembur serangga dibeli dan disembur. Datang juga lepas tu...grrrr!!! Dicuba pula cecair Serai Wangi, sembur sana sini pun kurang berkesan. Cuma boleh halau, bukan membunuh koloni.

Sempat juga saya ajar Khayrin memerhati gerak geri semut bila berjumpa atau bertemu sesama mereka. Kata saya "Tengok semut cium semua kawan-kawannya, dia bagitahu kat mana dah jumpa makanan untuk sama-sama share". "Adik jangan makan sepah-sepah lagi tau!" sambil dibalas anggukkan sambil mulut terisi puting botol susu.

Anak-anak kami terkadang leka makan jajan atas sofa depan tv, pasti jatuh sekeping dua dan menarik semut untuk dapatkan rezeki. Sebagai pilihan, saya khususkan ruang untuk makan-makan jajan berhampiran courtyard. Anak kecil, kadang-kadang dah naik sheh tengok tv, lupa pesan bapak dia. Lela cuma boleh senyum... kesian kat anak-anak mama, rumah besar tapi makan kat luar...

Dulu pernah saya recce nak panggil pest control service provider, tapi harga macam tak munasabah. Ikhtiar Lela dia bertanya kat kedai hardware dan taukeh Janggut bagi dua jenis racun, pertama berupa kepingan atau serbuk biskut yang beracun dan kedua berbentuk kapur tulis papan hitam macam kat bilik darjah sekolah. Made in China.

Saya cuba yang jenis serbuk. Koyak pembalut berkilat dan tabur setempat sebesar ukuran syiling 5 sen hampir laluan semut. Berhati-hati, pilih lokasi yang tak tercapai tangan atau pandangan anak-anak. Kelihatan seekor dua mengerumuni serbuk biskut dan beredar. Erk! Memilih.

Datang sekawan kemudian, angkut beramai-ramai dan mungkin bawa pulang ke sarang. Datang lagi serombongan. Saya tabur lagi di 4-5 lokasi. Biarkan. Kita cuba observe seminggu dua.

Tanpa saya sedar, serangan semut kini semakin berkurang. Sisa makanan walaupun jatuh di atas lantai, semut macam dah hilang deria untuk mengesan rezeki depan mata.

Alhamdulillah, ikhtiar Lela kali ini menberi hasil pada kos semurah $5.

Kredit Imej : clipartguide.com

Wednesday, October 14, 2009

Wakaf Buluh



Minggu sudah, ada saya pos karya nak bina wakaf tapi atas faktor bajet dan kos telah ditangguhkan.

Perjalanan Melaka - Ipoh dan kembali ke Melaka cukup lama. Layan blues sambil pandu Naza Ria edisi spesel warna Hijau Hyper Green buatan Julai 2004 versi Pekan-Pahang, cukup menyeronokkan. Anak-anak tidur, Lela pun tumpang semangkuk layan mata. Identiti aku kalau pandu mesti berkaca mata Ray-Ban. Brand lain tak nak, nak bagi free aku terima tapi akhirnya kat dalam glove box. Memilih untuk bergaya!

Bling bling bling...

Apa kata buat wakaf menggunakan bahan buluh? Pokok nipah untuk dibuat atap juga banyak di hujung kampung aku. Menarik idea ni...? Ermmm...

Tak salah layan blues ni. Bahan free, kena 'modal' ilmu sahaja. Jenis buluh memang banyak. Setahu aku ada buluh cina, buluh buat meriam, buluh buat lemang dan buluh kuning. Boleh jumpa semua tu dalam kampung aku.

Next? Apa caranya? Ha ha ha...tirulah. Ayoyo...aku pernah baca buku Copycat Marketing 101 tulisan Burke Hedges. Tak salah meniru untuk berjaya.

Ada 2 wakaf buluh display unit di depan Klinik Amal, Bukit Katil. Boleh tengok cara ikatan, potongan dan kerja halus lain. Ambik gambau banyak-banyak. Entah-entah, kat internet pun boleh jumpa artikel step-by-step for dummies. Ok kan?

Peralatan, insya Allah mencukupi. Parang, gergaji, apa lagi? Pita pengukur, pahat, sarung tangan dan ubat antiseptik. Jangan main-main dengan buluh, miang buluh kalau kena, tak tahan bro! Pernah luka 1 inci di ibu jari kiri pasal masa buat layang-layang di sekolah rendah dulu. Parut masih ada lagi.

Siapa nak buat? Ha! Yang ini dah tentu jawapnya sendiri yang mahu, sendiri kena bikinlah. Siapa pulak nak membantu? Anak-anak semua perempuan. Kena tunggu dapat anak lelaki lah jawapnya...tapi bila tu?

Puan Lela, any comment on this, my dear? Ermm...

Kredit Imej : buluh.com.my

Tuesday, October 13, 2009

Rangka Bumbung

Progres rumah Hanim berjalan baik. Selesai kerja mengikat batu bata dan simen tetulang konkrit kering dan mengukuh kini tukang rumah bersedia membina rangka bumbung. Bertuahnya Azizi kali ini kerana mendapat bekalan kayu kayan terus dari kilang bertempat di Jasin dan ianya amat menjimatkan berbanding membeli dari kedai kayu kayan yang 'popular' di kawasan Duyong ini.

Kualiti, kuantiti dan saiz kayu yang tiada peluang untuk saya pilih ketika projek Bina Rumah Impian kami dahulu. Hanya menyaksikan saat-saat kayu yang telah dirawat dipunggah dari lori dan terus diukur, dipotong dan disusun serta dipaku membentuk rangka bumbung. Kayu yang bengkok dan mempunyai banyak 'mata' kayu diketepikan. Jangan berkompromi dalam kualiti, pesan bapa mertua saya.

Azizi membuat kiraan keperluan sebenar kayu kayan dan terus menempah. Sukar juga bagi beliau untuk membuat keputusan bentuk bumbung yang mahu dibina. Sempat saya racun dia untuk tiru saja bentuk bumbung Casa Bonda kami.

Dan hasilnya...

Ya! Ditiru hampir 90% termasuk sudut kecuraman, ketinggian paras rabung atap termasuk warna atap genting...'black charcoal'. Hips cuma ada dua bahagian sahaja, cukup untuk mengurangkan risiko atap bocor.

Royalti? Bayar kat Lela.

Penggunaan kayu dibuat sebaik mungkin dan kurang terbazir. Lebihan kayu selepas dipotong tidak dibuang terus dan digunakan untuk tongkat bumbung. Kayu penongkat mesti diberi keutamaan kerana beban yang digalas untuk hampir 4 ribu keping genting cukup berat. Jika tidak bumbung akan 'melendut' pada sudut tertentu dan ini mengurangkan ke'handsome'man bumbung nanti.

Kerja memasang rangka bumbung mengambil masa 6 hari termasuk untuk kayu 'kochai'.

Monday, October 12, 2009

Kenangan lagi



Jumaat 9 Oktober, kami sekeluarga serombongan 4 kereta ke Ipoh untuk majlis nikah dan sanding adik Lela di Kampung Sri Kledang Tambahan 2 Chepor, Chemor. Perjalanan terancang dari Melaka jam 10.45 pagi dan berehat hampir 1 jam di Hentian Sungai Buluh sekitar 12.30 tengahari untuk solat Zuhur dan mengalas perut.

Konvoi berkumpul di Hentian Simpang Pulai sekitar 3.45 petang dan terus aku ketuai untuk menuju rumah inap di Kampung Dato Ahmad Said 1, Gugusan Manjoi. Rumah banglo selesa, keluasan tempat letak kereta usah risau cuma jalan masuk agak mengelirukan, pertama kali mungkin boleh sesat.

Tepat jam 9.17 malam, dengan dua kali lafaz Sazali Ghauth kini menjadi suami Nur Hafiza Shariffudin. Alhamdulillah. Berjabat tangan dengan Tuan Kadhi, sempat aku ucap "Terima kasih kerana telah menghalalkan yang haram." Berkerut sekejap Kadhi usia muda dan segera senyum sambil berkata "Dah itu keroje teman..." dalam dialek Parit pekat.

Aku tak boleh dengar orang Perak bersembang, nanti masuk 'jarum' takut terleka.

Ipoh bukanlah asing, 5 tahun yop! Budak STAR Ipoh dari 1987 hingga 1991. Bantuan GPS Garmin dan peta Malsingmap versi Okt 2008, masih perlu ditagih sebagai back-up. Kesempatan yang hampir tiada, menjengah sambil lalu di hadapan sekolah sekitar jam 6.30 petang. Membesar dan membina kedewasaan dengan kawan-kawan sekolah.

Isteriku juga hampir serupa di Sekolah Sains Muzaffar Shah, Ayer Keroh. Sebatang rokok tak habis jaraknya dari rumah. Dah tu, setiap minggu balik rumah...oh bahagianya...

Kalau dikenang nostalgia di STAR, tak cukup satu blog nak menulis. Seawal form one aku bertumbuk dengan seorang kawan dan cuma tahu dia ada pertalian keluarga setelah tamat tingkatan lima. Cerita malam tidur dan bangun tiba-tiba mendengar bunyi kasut boot berkawat tak pernah aku kongsi dengan kawan seasrama.

Pakcik dewan makan panggil aku dengan nama "Jebat" pasal aku selalu makan bersama kawan bernama Mohd Kasturi Salyutma bin Mamat. Kini kawan tu menjadi doktor pakar di Manchester, UK. Siap boleh bukak restoren makanan Malaysia kat sana. Nickname kat asrama dah jadi lain, sempena mengambil nama tempat yang berhampiran kampung Duyong iaitu Semabuk.

Dah budak STAR semua panggil aku nama "Mabok"...sampai hari ini!


Kredit Imej : koleksi pak syed.

Wednesday, October 7, 2009

Wakaf


Reka letak pelan lantai Casa Bonda, seolah-olah ada chemistry dengan impian kami. Susunan dinding termasuk ukurannya cukup sesuai dengan apa yang ingin kami rancang.

Di sebelah luar bilik Atuk (no. 2), telah kami letak buaian besi yang dibawa pindah dari rumah lama. Di sebelah luar bilik no.1, untuk Along dan Angah telah kami rancang membina wakaf untuk aktiviti santai keluarga yang lengkap bekalan air dan elektrik, kipas siling serta talian jalur lebar tanpa wayar. Fuh! Dah macam resort kat Pulau Duyong...

Cerita-cerita jugak, tapi biar realistik. Bajet le tu...sabau...!

Wakaf struktur kayu sepenuhnya yang diinginkan adalah bersaiz 10' x 10', berbumbung atap genting tanah liat (clay) dan lantai tanpa pagar. Senang cerita, ala-ala wakaf di Hentian Rehat Lebuhraya PLUS. Sebijik sebijon.

Teringat dulu di rumah arwah nenek Timah, ada sebuah wakaf yang kami panggil 'bangsal' disitulah arwah atuk minum kopi sambil cicah biskut tongkat lepas balik bertukang. Berjangkit pada saya dan kini Kak Long pun dah mula terikut-ikut minum kopi. Atasnya ada loteng, kadang-kadang nenek suruh panjat tengok-tengok ayam kampung yang mungkin dah bertelur.

Di bangsal juga budak-budak kecil bermain rebut tiang, ditepinya ada halaman untuk bermain galah panjang dan songkit ayam. Ada pokok kelapa rendang, atuk panjat dan turunkan kelapa muda, tebuk, minum dan belah dua untuk dimakan isinya bersudukan sabut muda. Ada sesekali atuk cabutkan ubi kayu, dan bakar. Makan panas-panas.

Cukup nostalgia. Anak-anak ku, ingin papa lakukan semula semua atas nama kenangan. Satu hari nanti.

Tuesday, October 6, 2009

Pendawaian

Projek Bina Rumah Impian milik ipar saya (Hanim dan suami, Azizi) yang cuti seminggu kerana berhari raya, semalam mula bersambung. Progresnya adalah telah siap diikat batu bata dinding dan cuma menunggu masa untuk dilepa simen. Namun, sebelum itu kerja memasang paip PVC berukuran diameter 3/4" untuk laluan pendawaian dan switch casing box perlu dibuat.

Ada juga kontraktor yang memilih untuk menyiapkan kerja plaster kemudian diikuti kerja pemasangan paip dengan menebuk semula dinding. Sesudah ditanam paip pada laluan yang ditebuk, dinding diplaster semula. Ada risiko tampalan kurang kemas jika pendekatan ini digunakan.

Sebagaimana rumah kami, rumah Hanim dirancang supaya 'meriah' dengan plug point dan switch. Ha! Tiru hakcipta tak terpelihara...

Kerja menebuk dinding menggunakan grinder bermata nipis. Ditanda dahulu lokasi laluan paip dari casing box pada dinding hinggalah mencecah atas tetulang konkrit. Saiz paip berdiameter 3/4" dipilih agar memudahkan wayar ditarik masuk/ keluar. Juga atas faktor keselamatan agar wayar dalam paip tidak terasak-asak dalam ruang yang cukup terhad itu.

Saya 'sakit telinga' bila Azizi beritahu, kerja pendawaian yang dikendalinya sendiri dibantu adik beliau telah menjimatkan belanja hampir RM6 ribu. Dua hari diperlukan untuk kerja tanam paip ini, 'kurus' sedikit biras saya yang 'kental' tu.

Tak pasti saya pendawaian dalaman rumah Hanim gunakan bekalan single phase atau triple phase. Perdebatan pro dan kontra untuk dua jenis bekalan masuk tenaga elektrik ini pernah saya alami ketika fasa kerja pendawaian ingin dimulakan.

Saya memang 'kureenggg' pengetahuan, jadi tertanya-tanya juga. Penjelasan ringkas oleh seorang pelanggan sekitar Januari 2008, menjadi asas untuk saya pilih single phase. Bapa mertua turut menyokong, tak ada beza katanya. Isteri saya? Syyytttt...dia suggest triple phase.

Yang tak best, tatkala petugas TNB datang ke rumah untuk memasang kotak meter. Soalannya simple "Kenapa tak buat triple phase? Lagi jimat bil bulanan...!" Ah sudah! Jangan bagi isteri aku dengar, jenuh nak explain. Eiiiihh!!!

Monday, October 5, 2009

Atap Rumbia


MOHD. FAUZI memilih daun pokok rumbia yang matang untuk dibuat atap.


BUKAN semua orang mempunyai kemahiran untuk membuat atap rumbia lebih-lebih lagi kepakaran itu dimiliki oleh orang muda.

Apatah lagi, proses untuk mencari daun rumbia dianggap rumit dan memerlukan seseorang itu meredah paya untuk mendapatkannya.

Seorang penjual ikan di Pasar Borong Jalan Putra di Alor Setar, Kedah, Mohd. Fauzi Hassan, 28, sedar kemahiran pembuatan atap itu semakin dilupakan terutama oleh golongan muda. Lantaran itu, beliau mengambil inisiatif membuka perniagaan membuat atap rumbia secara sambilan.

"Memang tidak ramai orang muda yang tahu buat atap rumbia hari ini dan disebabkan saya memiliki kepakaran itu, secara tidak langsung saya menjadi pelapis kepada generasi terdahulu.

"Walaupun hanya secara sambilan, namun tempahan yang diterima setakat ini sangat memberangsangkan," kata Mohd. Fauzi ketika ditemui di rumahnya di Kampung Masjid Lama Mukim Lepai, Alor Setar.

Mohd. Fauzi menambah, untuk menyediakan bahan-bahan asas atap rumbia itu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengambil daun rumbia menggunakan dua jenis parang.

"Kita perlu menggunakan parang yang agak besar untuk memotong dahan daun rumbia dan parang kedua agak kecil sedikit serta perlu tajam untuk merintis daun rumbia agar tidak rosak.

"Untuk memudahkan pengumpulan daun-daun rumbia yang telah dirintis ini, pancangan perlu dibuat dengan dahan daun rumbia supaya senang untuk diangkat," katanya.

Tiga minit

Bagi proses pembuatan atap rumbia, hanya tiga minit sahaja diperlukan untuk menyiapkan sebuah atap atau orang tempatan memanggilnya sebagai satu mengkawan.

"Apa yang diperlukan ialah buluh sebagai bahan asas dan kayu bemban sebagai jarum merangkap benang untuk menjalin setiap daun bemban," katanya.

Kata Mohd. Fauzi, kerja-kerja membuat atap itu menjadi lebih mudah apabila kesemua bahan-bahan asas daun rumbia, kayu bemban dan buluh ada di sekitar kawasan rumah.

"Memang tidak susah untuk mendapatkan bahan-bahan ini kerana dibelakang rumah saya semuanya ada," katanya.

Namun begitu, kini tidak ramai orang yang ingin menggunakan atap rumbia sebagai atap dan tempahan kebanyakannya adalah untuk mendirikan kedai-kedai makan atau pondok wakaf bagi mencantikkan kawasan rumah.

"Kalau hendak diikutkan, atap rumbia ini boleh tahan sehingga 40 tahun selain ia juga boleh menyejukkan rumah. Kalau hujan, rumah tidak akan dimasuki air, cuma pantangnya hanya satu iaitu api.

"Kalau mahu atap rumbia ini tahan lebih lama, selepas siap menjalinkannya ia perlu direndam dalam air selama seminggu supaya ia tidak dimakan ulat atau bubuk," katanya yang pernah bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Sungai Petani.

Bagaimanapun, beliau tidak pernah menyesal bergelumang dengan kerja-kerja kampung.

"Kerja kampung pun rezeki juga asalkan benda yang dibuat ini dapat menambahkan pendapatan kami sekeluarga," katanya.

Orang ramai yang berminat menempah atap rumbia yang dijual pada harga RM2 sekeping itu, boleh menghubungi Mohd. Fauzi di talian 012-572 3474. - SHAH NIZAM OMAR : Kosmo!

Friday, October 2, 2009

Lawak Petang Raya

Bapa saudara saya kemalangan, berbasikal dan ditimpa musibah pada 13 September sekitar jam 5 petang. Agak parah dan dirawat di Unit ICU, Hospital Besar Melaka. Sebatang kara cuma adik beradik serta anak-anak buah yang datang melawat, harap-harap beri sokongan moral. Status warga 'istimewa' memberi kesukaran doktor dan jururawat untuk berkomunikasi dengan beliau. Semoga Allah merahmati kehidupannya. Amin.

Hari terakhir Ramadhan, saya menjenguk Pak Uteh lagi di wad. Sesudu bubur pun tak habis. Mintak saya belikan biskut untuk alas perut. Nak juga dibelikan buah ciku. Ciku? Aku nak tergelak, tak tahu kenapa ciku yang dipilih. Datang pula Pegawai Fisiologi, minta saya pesan-pesan Pak Uteh supaya latih tubi pergelangan tangan kiri. Tertidur pula, kesan ubat rehat yang diberikan.

Berlegar-legar di ruang menunggu, ternampak satu artikel berbahasa Inggeris ditampal pada satu sudut papan notis. Isi menarik aku terus membaca berkisar seni tradisi dan identiti rumah Melaka. Waduh waduh! Rupanya artikel dipetik dari web berasal dari negara seberang disiar pada tahun 2006. Akan saya dapatkan url.

Ayat-ayat biasa, cliche kata orang sekampung yang kat Perancis tu. Paling best siap bercerita tentang tangga batu yang menjadi identiti rumah tradisi. Lebih kurang ditulis dan bermaksud begini.

"Tangga Rumah Melaka merupakan lambang kedudukan pemilik rumah dalam institusi masyarakat. Makin cantik dan unik memberi maksud makin tinggi pangkat pemiliknya. Dipercayai satu ketika dahulu, semua rumah di Melaka hanya bertangga kayu sehinggalah satu peristiwa yang mengubah 'lanskap' tersebut.

Seorang pemerintah telah menitahkan Panglima kesayangan baginda untuk keluar berperang. Sepeninggalan panglima berjuang, isterinya yang cantik menjadi idaman sang raja dan baginda telah menyusup masuk ke rumah panglima di waktu malam saban hari. Sampai dipengetahuan Panglima, bergegas pulang dan melihat pengalas kaki milik raja berada di kaki tangga.

Geram dan marah, beliau mencabut semua tangga disekeliling rumah serta merta namun kembali ke medan perang sejurus itu. Raja menyedari tiada jalan keluar melainkan melompat ke bawah dan cedera teruk dikaki. Ekoran peristiwa memalukan itu, Raja memerintahkan semua tangga kayu dicabut dan digantikan dengan tangga batu."

Entah mana mereka dapat cerita itu, tak pula saya selidik. Dongengan atau lawak atau cerita kurang bijak yang selalu 'mereka' dendangkan. Jangan kita meletak diri kita setahap mereka. Bangga menjadi Anak Malaysia Merdeka.

Wednesday, September 30, 2009

D.I.Y


Arwah Atuk saya sebelah abah, seorang tukang rumah dan bekerja kampung. Kata arwah nenek, rumah tua yang mereka diami itu hasil tangan arwah atuk. Tak pula saya ketahui kenapa tiada seorangpun adik beradik abah yang warisi kemahiran arwah. Sedikit mengalir agaknya kemahiran tangan kepada abang sulong saya. Namun tidak kepada saya. Ha ha ha...tangan bangku kot.

Apabila dah punyai rumah sendiri sejak tahun 2001, saya tak boleh elak untuk sendiri pasang rel langsir, bingkai gambar, penyangkut itu, pemegang ini, rak, para, soket kuasa elektrik, kepala paip dan 1001 aksesori dalam dan luar rumah.

Kagum melihat abang sulung isteri saya, dalam sibuk bertugas sebagai pendidik punya masa untuk manfaat kemahiran tangan. Selain mengecat rumah, lanskap, pergola dan wakaf mendapat sentuhan Cikgu Azman.

Untuk berperang, perlu ada senjata. Ada senjata, hendak peluru pula. Belum tentu boleh bertempur kalau tiada keberanian. Tak mungkin menang kalau tiada strategi. Jangan bergantung pada nasib sahaja. Falsafah la pulak

Begitu juga kalau nak buat projek bertukang Anda-Buat-Sendiri atau Do It Yourself (DIY). Mulakan dengan toolbox. Biarlah besar, lagi senang dan teratur alatan anda. Tukul besi lawannya paku kayu berbagai saiz . Impact drill dah ada? Mata drill simpan stok untuk permukaan kayu, jubin dan besi. Wall plug pun banyak saiz dan jenis. Gergaji pun ada macam-macam untuk potong kayu ada, kerat besi pun kena ada. Yang operate guna elektrik kalau nak beli, lagi bagus.

Skru driver ada ke? Kepala leper atau berbunga cuma omputih sebut mata philip. Dapat yang jenis bermagnet pun kira bonus. Plier, test pen dan cable cutter. Spanner serta skru pelbagai saiz kena beli banyak. Bermacam kegunaannya nanti. Sebelum lupa, pita pengukur. Timbang air. Kalau ada pembaris panjang, elok juga simpan satu. 'Pinjam' pensil sekolah anak kita, buat untuk tanda itu dan ini.

Untuk berkebun. Cangkul, pongkis, sabit, parang, gunting dahan dan kereta sorong. Hos getah dan pancur nozel. Kenali saiz outlet dan inlet pipe, elbow, t-joint. Tape putih. Kalau dah expert sangat, grass cutter beli la satu. Water pump jet untuk cuci kereta dan longkang. Tong meracun? Ada berani?

Kalau orang perempuan sibuk untuk membesar dan melengkapkan dapur maka tak salah kaum Adam menghabiskan $$ untuk setor dan perkakasan. Tapi, jangan pula dibeli kemudian rosak. Rosak kerana tak digunakan, maka ini boleh mendatangkan marah!!! Sediakan aje telinga...

Tuesday, September 29, 2009

Lama dan Baru

Tak banyak perabot baru dibeli semata-mata nak buat make-over untuk rumah baru kami. Perabot lama yang dibeli sejak bujang dan sejurus mendirikan rumahtangga, masih boleh diguna dan dijaga baik. Nak menambahkan stok cawan pinggan belum ada keperluan lagi. Ada berkotak-kotak hadiah perkahwinan yang belum dibuka, terima kasih kawan-kawan semua.

Kalau ada pun yang dibeli, set cawan dan teko ala-ala kedai kopitiam yang kami beli dari Nilai 3. Saya suka menghabiskan kopi sediaan isteri, dalam suasana cozy dan dikelilingi anak-anak. Masa berkualiti saya dengan keluarga amat terhad.

Bajet sebenarnya yang perlu kami atur. Tiada keperluan 'mendesak' untuk semuanya baru, lalu kami mencari idea untuk beri wajah baru untuk perabot lama. Pilihan kami ialah dua kerusi kayu yang lazim boleh dilihat di kedai-kedai kopi. Asalnya diletak di bangsal rumah atuk saya. Item kedua adalah rak pameran tiga aras milik mak mertua dan item ketiga pula meja study yang pernah diguna abang sulung isteri saya untuk kami jadikan meja konsol.

Kondisi kesemua item adalah 'terbiar' dan hampir dihumban ke dalam api. Sempat kami kidnap.

Berbekal kertas pasir yang kasar, kami mula gosok untuk tanggalkan cat lama dan kotoran lain. Untuk mendapat hasil gosok yang rata, dibalas pula dengan kertas pasir halus. Dicuci dengan air dan dijemur kering. Agak lama terbengkalai projek ini cuma sekitar Ramadhan sempat kami buat sentuhan akhir.

Menggunakan cat kilat warna Oak sapuan selapis diberi bahagian demi bahagian. Kerja halus dan rumit perlu bersabar, apatah lagi di bulan puasa. Dibiar kering dan sapuan kedua dioles rapi. Tak perasan saya, anak sulung kami yang turut membantu mengecat sisi kiri rak pameran silap percaturan. Izati menyapu dengan stroke yang betul, cuma 'teknik' yang sekejap kiri, kemudian atas memberi hasil sapuan tidak rata. Lenguh katanya... apapun, terima kasih kak long.

Hasilnya? Memuaskan hati, sekurangnya life span ditambah lagi 10 tahun. Abang long isteri saya, sempat berbisik dengan isterinya, Zureena baru-baru. "Eh! Ini meja study abang dulu...". Ha ha ha...no turning point ya! Kami sama-sama ketawa...

Monday, September 28, 2009

Bakawali Bunga Misteri


Jangan biarkan keluarga anda dibelenggu misteri...

Ha ha ha...scary tu!

Ada satu kiriman emel, berkongsi gambar pohon dan bunga bakawali yang hanya kembang mekar diwaktu malam, tepat jam 12 tengahmalam dan mula layu apabila sang suria menunjuk diri sekitar subuh hari. Apabila kembang diwaktu malam, aroma wanginya semerbak dan warna putih berseri kelopak bunganya 'menambah' rasa seram dan misteri. Benarkah?

Terus saya buat cari di wikipedia, menemukan pohon hiasan ini dengan nama botaninya Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae. Tak banyak maklumat dalam bahasa Melayu, kalau rajin explore di sini.

Juga carian imej dan artikel turut temui puluhan post menarik, antaranya disini. Untuk tidak menghampakan, ada sequel gambar yang dipetik dari laman www.topotato.com

Jam 10.13 malam...

Jam 10.59 malam...

Jam 11.03 malam...

Jam 11.21 malam....

Jam 11.27 malam...

Jam 11.32 malam...

Jam 11.57 malam...

Jam 06.44 pagi.....

Ada sepohon tumbuhan ini dilaman rumah emak mertua, seingat saya ditanam agak lama cuma tidak diketahui kitaran hidupnya semisteri itu. Jika ada kesempatan, hendak juga saya mengajak anak-anak dan isteri menyaksikan fenomena herba ni dengan mata kami sendiri. Nyamuk? Apa ada hal, kami orang kampung la...

Ada satu lagi yang nak kami teroka, kelip-kelip atau kunang-kunang. Saya tahu beribu ekor ada di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. So far, ada seekor sahaja serangga ini yang dilihat di sekitar rumah kami. Macammana tu?

Friday, September 25, 2009

Lanskap

Kerja melengkap lanskap rumah kami, agak perlahan. Sekadar menyusun pasu-pasu tanaman berbunga dan berdaun, diletak atas slab concrete berukuran 2' x 2' disekeliling rumah. Kaku, ikut permerhatian kami.

Rumput jenis philiphine grass berharga RM1.70 sekeping (ukuran 1' x 2') dipilih. Tiada pengetahuan asas, saya beli sekitar awal Ogos lalu tanpa mengetahui rumput jenis ini perlukan kawasan teduh untuk hidup subur. Ketika dipunggah, saya perasan ada sekeping dua rumput yang ada serangga perosak anai-anai terlekat dibahagian bawah plastik hitam. Diabaikan kerana memikir hanya sedikit saja, tiada mudaratnya.

Hari berlalu. Mungkin disebab cuaca kering dan panas, hampir 20% rumput yang dibeli telah kering dan mati. Isteri saya perasan sebahagian besar kepingan rumput telah menipis kuantiti tanah diratah koloni anai-anai dan jelas apabila plastik hitam ditanggalkan. Cepat-cepat kami asing, racun dan buang bimbang menjadi barah kepada rumput lain.

Awal Ramadhan, dengan sedikit masa terluang pada waktu pagi saya buka langkah menanam rumput yang dibeli dari Sungai Buluh. Ada berjenis rumput lain antara pearl grass, japanesse grass dll. Panduan dari satu laman web kami jadikan pedoman untuk mula menanam rumput.

Tapak dibersihkan dari batu besar, ketulan simen yang kering dan akar rumput-rampai. Ukuran, susunan bata merah yang separas slab concrete. Kombinasi pasir-60%, tanah merah-30% dan hitam-10% (yang boleh dibeli di nurseri) kemudian diisi dan dijirus dengan air untuk dipadatkan. Kepingan rumput ditanggalkan dari plastik hitam, disusun rapat-rapat, tabur baja, siram air dan viola! Lepas ni siram, baja dan cabut rumput 'pengacau'.

Syukur sekurang-kurangnya, telah bermula projek ini. Idam isteri saya hendak dibuat lanskap cantik dicourtyard bersebelahan meja kopi favourite spot kami sekeluarga. Nanti dulu Puan, one by one. Kontraktor yang sedang menyiapkan rumah kakak ipar pula tiap-tiap minggu 'mencucuk' bertanya-tanya, bila saya nak mula projek water feature.

Pulang beraya di rumah abang ipar sebentar tadi, dah timbul pula hajat nak menanam pulak tumbuhan beraroma dan teduh. Pokok cempaka, melati, kemunting, pulai, kenanga dan tembusu. Tanaman herba dan ulam sayuran seperti serai, limau purut, daun kari, pegaga, kesum, cekur, cili, pandan, bunga kantan, belimbing, misai kucing, tujuh jarum, mas cotek, temu lawak...tettttt...! Buzzer dah berbunyi.

Tak mustahil!

Thursday, September 24, 2009

Pancing Elektrik


PANCING elektrik adalah satu reka cipta yang sangat menarik. Ia menggunakan arus elektrik yang sangat rendah namun voltan yang sangat tinggi. Ia tidak berbahaya kerana konsepnya adalah seperti pencucuh dapur gas.

Pancing elektrik ini boleh digunakan untuk menangkap ikan dalam sungai atau lopak seperti ikan limbat, keli dan yang kecil-kecil. Jika tenaganya cepat kehabisan pastikan menggunakan bateri yang lebih besar.

Alatan yang digunakan:

1) Paip PVC bersaiz diameter 1/2 inci, sepanjang 4 kaki

2) Dua elbow 1/2 inci

3) Sambungan T 1/2 inci

4) Suis tekan (Push on switch)

5) Wayar sepanjang 15 kaki

6) Bateri motor 12V

7) Coil ignition kereta

8) Lidi basikal

9) Gam PVC

Langkah 1

Potong paip PVC sepanjang empat kaki dan kemudian sambungkan T dan elbow dengan menggunakan gam PVC.

Langkah 2

Bengkokkan lidi basikal seperti dalam rajah, kemudian lilitkan wayar yang telah dibuang penebat pada lidi basikal.

Langkah 3

Masukkan lidi yang telah disambungkan dengan wayar tadi ke dalam elbow dan sambungan-T seperti ditunjukkan dalam rajah. Kemudian ikat.

Langkah 4

Tarik wayar yang tidak dibuang penebat dan masukkan ke dalam lubang paip 1/2 inci sehingga menembusi batang paip.

Langkah 5

Pasang suis tekan di antara wayar yang menghubungkan lidi dengan bateri dan klipkan hujung wayar pada (-).

Langkah 6

Sambungkan wayar daripada kepala coil ke bahagian lidi kedua. Klipkan wayar (+) daripada coil ke (+) bateri. Sambung kan wayar (-) coil ke bahagian suis tekan.

Setelah siap penyambungan seperti yang di sebut dalam langkah 1-6.

Pegang pada paip yang berdekatan dengan suis dan masukkan bahagian lidi ke dalam air yang dirasakan mempunyai ikan kemudian tekan suis ON. Ikan yang berada di sekitarnya akan timbul jika terkena renjatan elektrik.

Kredit Artikel & Imej : Sisipan MEGA, Utusan Malaysia 24 Sept 09.



Wednesday, September 23, 2009

Roof Turbine

Jauh saya mencari item ni, bagi projek Bina Rumah Impian kami hinggakan ke Seremban, Nogori Sembilan!

Jika dikenang-kenang, diingat-ingat, cerita roof turbine ni memang menyirap hati dan merobek perasaan. Kompeni ni, Erten Sdn Bhd adalah pembuat (termasuk pasaran global) dan sediakan khidmat memasang. Saya dapat maklumat juga menerusi carian internet. Dunia dah maju!

Confirmed order, dua unit berukuran 21" termasuk lubang udara besi epoxy siap upah pasang RM880. Tarikh pasang, cuma di hari bekerja sahaja. Dah siap pasang, maka bayaran sepenuhnya dijelaskan. Menjelang petang, isteri saya telefon.

Ya Tuhan! "Hodohnya!" kata isteri saya. Kenapa? "Punyalah 'bagak', dah tak cantik bumbung rumah kita, senget pulak tu...".

Eh! Tak senang hati ini. Hari berikutnya, bergegas pulang. Setiba di rumah, hu hu hu... kenapalah yang dipasang jenis industri. Bukan ke ada yang residential type. Ingat rumah aku ni kilang besi ke? Marah le tu...

Den tak kiro, esok pagi-pagi se dah telefon pojabat Erten. Ese cari Sales Girl, tak berani nak bagi komitmen. Den mintak nombor telefon Pengurus. Panjang lebar den boei lecture, sudahnya dapat jugak gantian. Rupanya, saiz itu merujuk kepada ukurlilit 'topi'nya, bukan tapaknya. So dapatlah yang paling comel dalam pasaran bersaiz 14" pada harga RM480 untuk 2 unit.

Masalahnya, money refund tak boleh dibuat. Jadi, saya buat keputusan beli 4 unit pada harga RM880 (kiranya dapat diskaun RM80). Selesai pasang dua unit dan baki dua unit yang lain disimpan untuk kegunaan rumah kakak isteri saya.

Kelajuan roof turbine ini berpusing mengikut kekuatan tiupan angin. Bilah turbin amat ringan hinggakan kalau ditiup dengan hembusan mulut ia mampu digerak. Apabila berpusing, bahang diruang bawah atap atau loteng disedut keluar. Ini meninggalkan kesan vakum diruang bumbung sekaligus menyedut pula bahang dari ruang bawah siling rumah, didalam mahupun diluar. Perlu ada lubang pada siling, lagi banyak lubang, lagi cepat bahang disedut keluar.

Terasa nyaman pada setiap masa rumah kami dengan kos minima. Bearing roof turbine adalah lasak dan ianya untuk tujuan eksport, kata Sales Girl Erten.

Baru-baru ini sekitar awal September, bapa mertua saya hubungi Erten dan 'berpura-pura' hendak menempah roof turbine. Omak aiii! RM640 untuk dua unit saiz 14".

Tuesday, September 22, 2009

Ruang Dapur



Rumah dulu-dulu (dibaca dolu-dolu) ruang dapurnya cukuplah 'bahagia'. Menjadi pusat aktiviti keluarga dan juga tumpuan kaum ibu jika datang bertandang. Apatah lagi dihari keramaian atau majlis kenduri yang ketika itu cukup kuat dengan semangat kejiranan serta bergotong royong.

Cukup praktik susun atur ruang dapur. Para-para dimana alatan memasak dan pinggan mangkuk diletak untuk pengeringan semulajadi; ruang courtyard pun ada. Mudah untuk kerja menyedia bahan basah masakan dan mengemas setelah selesai. Aspek pengudaraan dan pencahayaan juga cukup baik.

Elemen-elemen di atas, cuba digunapakai oleh kami dalam Bina Rumah Impian. Syukur, ada secubit memori hasil menjadi 'pengiring' nenek dan emak berkunjung rumah tradisi saudara-mara sekampung. Kepada pengunjung yang tak pernah merasa, jom ke Taman Mini Malaysia.

Rumah kami mempunyai dapur basah berukuran 10' x 8'. "Kecikla... tak selesa nak bergerak." keluh isteri saya. Idam-idam nak letak island ditengah ruang dapur, kabinet usah ceritalah. Nak isi pinggan mangkuk, periuk belanga lagi cawan dan gelas. Amboi! Itu macam, tak cukup bajet kita.

Pujuk-pujuk, ada alternatif ruang courtyard berukuran 21' x 12'. Ha! Nak 'bersilat' pun cukup. Barang dan peralatan yang amat jarang digunakan, simpan aje di setor. Ada ruang lagi (jika ada bajet sebenarnya) nak bina ruang pantry atau dapur kering, untuk support ruang dapur basah.

Kata Chef Wan, buat ape buat ruang dapur sebesar alam dan belanja peralatan cecah puluh ribu , tapi ke dapur liat pulak. Ehem...ehem... Tetapi tidak isteri ku, "The best coffee maker in the world!" Not only coffee la...anything, just name it!

Tak percaya? Meh la jemput ke rumah kami.