Monday, September 28, 2009

Bakawali Bunga Misteri


Jangan biarkan keluarga anda dibelenggu misteri...

Ha ha ha...scary tu!

Ada satu kiriman emel, berkongsi gambar pohon dan bunga bakawali yang hanya kembang mekar diwaktu malam, tepat jam 12 tengahmalam dan mula layu apabila sang suria menunjuk diri sekitar subuh hari. Apabila kembang diwaktu malam, aroma wanginya semerbak dan warna putih berseri kelopak bunganya 'menambah' rasa seram dan misteri. Benarkah?

Terus saya buat cari di wikipedia, menemukan pohon hiasan ini dengan nama botaninya Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae. Tak banyak maklumat dalam bahasa Melayu, kalau rajin explore di sini.

Juga carian imej dan artikel turut temui puluhan post menarik, antaranya disini. Untuk tidak menghampakan, ada sequel gambar yang dipetik dari laman www.topotato.com

Jam 10.13 malam...

Jam 10.59 malam...

Jam 11.03 malam...

Jam 11.21 malam....

Jam 11.27 malam...

Jam 11.32 malam...

Jam 11.57 malam...

Jam 06.44 pagi.....

Ada sepohon tumbuhan ini dilaman rumah emak mertua, seingat saya ditanam agak lama cuma tidak diketahui kitaran hidupnya semisteri itu. Jika ada kesempatan, hendak juga saya mengajak anak-anak dan isteri menyaksikan fenomena herba ni dengan mata kami sendiri. Nyamuk? Apa ada hal, kami orang kampung la...

Ada satu lagi yang nak kami teroka, kelip-kelip atau kunang-kunang. Saya tahu beribu ekor ada di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. So far, ada seekor sahaja serangga ini yang dilihat di sekitar rumah kami. Macammana tu?

1 comment:

  1. Terima kasih, info2 anda di sini sangat menarik. Tak perasan pulak rupanya pokok 'ubat' yg dikatakan abang ipar depan rumah tu rupanya Bakawali.. tapi tak pernah ambil pusing.. mungkin lepas ni akan mula mencari semula pokok itu selepas 'dihumban' ke seberang jalan beberapa minggu lepas untuk clearing raya laman rumah..

    ReplyDelete