Wednesday, September 23, 2009

Roof Turbine

Jauh saya mencari item ni, bagi projek Bina Rumah Impian kami hinggakan ke Seremban, Nogori Sembilan!

Jika dikenang-kenang, diingat-ingat, cerita roof turbine ni memang menyirap hati dan merobek perasaan. Kompeni ni, Erten Sdn Bhd adalah pembuat (termasuk pasaran global) dan sediakan khidmat memasang. Saya dapat maklumat juga menerusi carian internet. Dunia dah maju!

Confirmed order, dua unit berukuran 21" termasuk lubang udara besi epoxy siap upah pasang RM880. Tarikh pasang, cuma di hari bekerja sahaja. Dah siap pasang, maka bayaran sepenuhnya dijelaskan. Menjelang petang, isteri saya telefon.

Ya Tuhan! "Hodohnya!" kata isteri saya. Kenapa? "Punyalah 'bagak', dah tak cantik bumbung rumah kita, senget pulak tu...".

Eh! Tak senang hati ini. Hari berikutnya, bergegas pulang. Setiba di rumah, hu hu hu... kenapalah yang dipasang jenis industri. Bukan ke ada yang residential type. Ingat rumah aku ni kilang besi ke? Marah le tu...

Den tak kiro, esok pagi-pagi se dah telefon pojabat Erten. Ese cari Sales Girl, tak berani nak bagi komitmen. Den mintak nombor telefon Pengurus. Panjang lebar den boei lecture, sudahnya dapat jugak gantian. Rupanya, saiz itu merujuk kepada ukurlilit 'topi'nya, bukan tapaknya. So dapatlah yang paling comel dalam pasaran bersaiz 14" pada harga RM480 untuk 2 unit.

Masalahnya, money refund tak boleh dibuat. Jadi, saya buat keputusan beli 4 unit pada harga RM880 (kiranya dapat diskaun RM80). Selesai pasang dua unit dan baki dua unit yang lain disimpan untuk kegunaan rumah kakak isteri saya.

Kelajuan roof turbine ini berpusing mengikut kekuatan tiupan angin. Bilah turbin amat ringan hinggakan kalau ditiup dengan hembusan mulut ia mampu digerak. Apabila berpusing, bahang diruang bawah atap atau loteng disedut keluar. Ini meninggalkan kesan vakum diruang bumbung sekaligus menyedut pula bahang dari ruang bawah siling rumah, didalam mahupun diluar. Perlu ada lubang pada siling, lagi banyak lubang, lagi cepat bahang disedut keluar.

Terasa nyaman pada setiap masa rumah kami dengan kos minima. Bearing roof turbine adalah lasak dan ianya untuk tujuan eksport, kata Sales Girl Erten.

Baru-baru ini sekitar awal September, bapa mertua saya hubungi Erten dan 'berpura-pura' hendak menempah roof turbine. Omak aiii! RM640 untuk dua unit saiz 14".

4 comments:

  1. bearing type tak tahan lama.. After few years, bearing kaput..

    Sekarang nih, org ramai dah guna free floating type..

    ReplyDelete
  2. saya pun ada cadangan nak pasang roof turbine tapi bimbang kualiti pemasangannya..kalau bocor. pulak...bila atap genting dibuka...minta pandangan tuan/puan

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum tuna

    Saya baru berkira kira nak psang roof turbine ni...setakat pemakaian tuan..adakah benar ianya betul2 menyejukkan rumah?

    ReplyDelete
  4. baru ingat nk order tapi perenggan yang akhir tu buat kene fikir 2x

    ReplyDelete