Pernah saya baca, rumah-rumah tradisi dan sezamannya dibina berorientasi arah Kiblat. Adab ini bagi menyesuaikan kedudukan katil dan tandas agar tidak melunjur atau mengadap kiblat.
Hari ini, tidak banyak pilihan boleh dilakukan oleh pemilik rumah yang memiliki rumah yang siap dibina oleh pihak pemaju perumahan. Namun ada pemaju yang prihatin dengan keperluan adab ini dan cuba adaptasi sebelum pembinaan bermula. Sebahagiannya turut meletakkan tanda arah Qiblat dalam pelan lantai rumah dan idea ini bagi saya adalah elemen nilai tambah yang wajar diikuti.
Rumah kami walaupun dibina mengikut 'acuan' sendiri namun tidak sebebasnya ditentu arahletak. Tanah 'kurnia' dari bapa mertua (terima kasih babah dan mak) adalah memanjang berukuran hampir 450'L x 60'W dan ikhtiar untuk mematuhi adab arah Qiblat masih diambil.
Syukur walaupun sukar, posisi tandas berjaya ditentukan begitu juga susunan katil pada semua bilik.
Bagi menentukan arah Qiblat, pihak Arkitek telah meletak tanda arah dalam pelan lantai dan nampak mudah kerana tentu saja ada teknologi hari ini yang membantu. Terfikir juga bagaimana penentuan arah Qiblat dilakukan tanpa kecanggihan pada zaman atuk dan nenek kita?
Pendekatan konvensional ini menggunakan kedudukan matahari yang berada tepat diatas Kaabah di Mekah pada tarikh 28 Mei (jam 12.18 tengahari waktu tempatan) dan pada 15 Julai (jam12.27 tengahari waktu tempatan). Perbezaan waktu di Mekah dan Malaysia adalah 5 jam dan fenomena Istiwa Matahari di atas Kaabah berlaku saban tahun. Ilustrasi dibawah diharap membantu (dipetik dari blogger mysmallworld).

Atuk saya dulu pernah bercerita kalau waktu malam pelayar dilautan menggunakan bintang dilangit sebagai panduan termasuklah arah Qiblat. "Itu ha...! Tengok di langit ada tiga butir bintang yang 'disusun' mengunjur ke arah Kaabah."
Tak percaya? Malam ni rajin-rajin menatap langit. Subhanallah!
No comments:
Post a Comment