Dah seminggu tak berkarya, maklumlah bulan Ramadhan. Jadual seharian terutama di malam hari serta hujung minggu turut berubah kata seorang Ustadz dalam Tazkirah Ramadhan. Itulah nur rahmat Allah kepada semuanya hambaNya. Moga-moga 'terbawa-bawa' momentum ini sejurus bulan penuh berkat ini meninggalkan kita. Insya-Allah.
Kakak Ipar saya sarat mengandung, cuma menunggu hari untuk melahirkan anak ke empat. Mudah-mudahan moga selamat emak dan anak yang bakal melihat dunia. Dalam sarat, sebenarnya jadual dia dan suaminya lebih ketat sementelah projek pembinaan rumah sedang berjalan rancak. Progres dua bulan pertama (mula projek pada 15 Julai 2009) amatlah memberansangkan walaupun kadang kala terganggu ekoran cuaca tidak menentu.
Suaminya (biras saya) bertugas di Penang yang berhujung minggu 3 hari seminggu cukup sibuk. Ada bahan binaan yang ditempah awal, kira-kira nya seawal Mac 2009 seperti batu bata, pasir dan simen bagi mengurang risiko kesan kenaikan harga. Aksesori dan kelengkapan seperti lampu, kipas, basin, tap air, hood dan hub dapur dan berbagai-bagai lagi juga telah dibeli awal.
Konsep Beli Barang dan Upah, menuntut pengorbanan masa namun sangat-sangat berbaloi jika bersedia untuknya.Cabaran paling besar untuk apa saja projek Bina Rumah Impian adalah untuk mendapatkan Kontraktor ataupun Tukang Rumah yang boleh dipercayai.
Benar, adalah sukar untuk kenalpasti keupayaan seseorang, namun hasil-hasil kerja mereka yang siap terbina boleh dijadikan rujukan. Dapatkan pandangan dari tuan punya rumah berhubung progres, disiplin dan khidmat selepas pembinaan. Perhatikan ketelitian dalam kerja-kerja melepa simen dinding, beralun-alun atau kemas? Sapuan cat, bagaimana?
Lihat di bahagian genting, terutama potongan atap genting membentuk alur longkang. Lurus? Rabung atap dan susunan genting, kemas? Ketelitian bagi kerja pendawaian, pemasangan jubin lantai dan dinding, daun pintu dan tingkap juga penguncinya. Seni pertukangan, pendek kata.
Disiplin? Apa kaitannya pula? Selain tepati masa, kebersihan satu aspek yang perlu dititikberatkan. Sampah sarap, bekas makanan dan minuman (plastik dan polisterin) cukup menarik serangga semut dan lipas. Orang sibuk bertukang, koloni perosak pun sama bina rumah tumpangan...Pesan-pesankan, lepas makan, harap kumpulkan dan buang atau bakar. Fikir-fikir juga lokasi untuk melepas hajat tatkala seruan alam tiba tanpa disangka-sangka.
Tak rugi kalau rajin bertanya. Saya sendiri hingga ke Tangkak melihat hasil kerja tukang. Tengok gambar takde feel! Nama-nama K0ntraktor popular di Melaka seperti Haji Rahman, Sdra. Sahak, Sdra. Zulhisham, Ah Teik, Wawasan Construction turut tersenarai.
Untuk kenali dengan Kontraktor 'Bidan Terjun' dan 'Tangkap Muat', tips saya adalah...test kepada mereka soalan-soalan teknikal. Tanyakan proses kelulusan pelan hingga peroleh CF, ataupun cara nak bina menggunakan Pinjaman Bank atau Kerajaan. Kalau dijawabnya seringkas "Itu semua kami akan uruskan. Jangan risau." Buatlah penilaian sendiri.

No comments:
Post a Comment