Thursday, September 10, 2009

Penyiraman Pokok


Minggu ini mengetengahkan bagaimana hendak membuat alat Penyiraman Pokok yang berfungsi secara automatik.

Apabila pulang berhari raya, sudah tentu pokok-pokok di hadapan rumah kita tidak berjirus sepanjang masa peninggalan kita. Bagi sesetengah daripada kita yang begitu menitik beratkan soal penjagaan pokok-pokok itu, anda mungkin berminat mengetahui bagaiman menyediakan cara alternatif penyiraman pokok secara automatik.

Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan mengaplikasikan sistem graviti bagi membantu masalah kita seperti rajah di yang disertakan.

Dengan menggunakan botol air mineral, terlebih dahulu masukkan sepan ke dalam hujung tiub angin/tiub oksigen akuarium tersebut. Pastikan anda mengeluarkan air melalui tiub tersebut terlebih dahulu menggunakan kaedah sistem sifon.

Apabila air telah keluar, maka sumbatkan sepan seketat yang boleh ke dalam hujung tiub tersebut.

Dengan kaedah ini, secara automatik air akan terkeluar daripada botol tersebut apabila span itu telah kering

Semakin besar botol yang digunakan, maka semakin lama anda boleh pulang bercuti. Selain itu, di dalam botol tersebut juga, boleh diisikan dengan baja jika pokok tersebut memerlukan baja.

Jika ada apa-apa permasalahan, sila lawati laman web www.zulldesign.com.my dan boleh emellkan sebarang pertanyaan ke mail@zulldesign.com.my. Selamat mencuba.


Kredit Artikel dan Imej : Sisipan Mega, Utusan Malaysia - 27 Ogos 2009.


No comments:

Post a Comment