Tuesday, September 15, 2009

Tradisi Diteruskan

Sibuk-sibuk orang lain membuat persediaan menjelang Aidilfitri, kami pun tak nak mengalah juga. Bagi kami sekeluarga, inilah pengalaman pertama beraya di rumah sendiri. Lokasi baru dan kejiranan yang baru.

Keluarga mertua saya, memang tak pernah 'gagal' menyediakan juadah tradisi seperti ketupat dan rendang serta kuih bahulu. Ye dik..., bahulu! Naik berair mata melayan asap dan bara, tapi bukan sayalah...kakak-kakak ipar saya. Tahun ini, disebabkan kehadiran cucu ke 11 emak mertua saya yang 'melihat' dunia pada Sabtu, 12 September lalu maka nasib juadah tradisi masih menjadi tanda tanya.

Keluarga saya pula, dodol menjadi pilihan. Dah tiga tahun saya mengkomersilkan komoditi panas dan ekslusif ini. Panas kerana bara api masa mengacau dodol dan ekslusif kerana cuma dibuat setahun sekali.

Bahan membuat dodol senang diperoleh cuma disaat musim perayaan, kuantiti yang diperlukan kadang-kadang sukar dipenuhi dan gula melaka terutamanya.

Isteri saya mengunjungi sebuah gerai menjual makanan tradisi di satu hypermarket bertempat di Melaka. Temubual ringkas dengan penjual, katanya dodol yang dijual adalah hasil tangan nenek si penjual dan resepi diklasifikasi sebagai 'RAHSIA'.! Sambil meyakinkan isteri saya, nenek beliau mengacau dodol selama 12 jam dan sebab itulah dodolnya menjadi pilihan. Berkerut dahi isteri saya bila mendengar 12 jam. Biar betol dik...!

No comments:

Post a Comment