Wednesday, September 2, 2009

Animasi Upin & Ipin


Ok la. Hari ini kita ubah selera.

Animasi tempatan Upin & Ipin yang tidak perlu saya perkenalkan lagi (pasal dah tersangat pofuler) merupakan kegilaan anak-anak abang sulung saya. Dah empat anaknya, semua lelaki. Kami pulak, tiga perempuan. Dah rezeki, syukur Alhamdulillah. Anak-anak saya suka rancangan Tom Tom Bakkkk...bapak dia suka National Geography & Discovery Channel. Omaknya, semua dia tengok kecuali apa yang saya suka...

Bercerita-cerita dengan emak saudara pada Julai 2009, saya dapat tahu 'ayah' kepada si Upin & Ipin ini pernah membesar di kampung asal saya, Kg. Jambatan Duyong, Melaka. Sdra Mohd Nizam Abdul Razak adalah orangnya, dibesarkan dalam suasana kampung dengan nenek beliau sehingga umur 16 tahun.

Yang paling tak percaya, rumah nenek beliau cuma berhadapan rumah arwah nenek kesayangan saya, Allahyarhamah Puan Fatimah bte Osman. Saya dibesarkan juga oleh nenek Timah dan merupakan cucu kesayangan sehingga beliau hembus nafas akhir pada Jumaat, 4 Ogos 2006.

La....! Aku tak perasan pulak! Tempat aku lalu lalang naik beskal pergi sekolah, main bola, panjat bukit. Mungkin pasal tamat sekolah rendah, aku 'berhijrah' di Ipoh selama 5 tahun bersekolah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, STAR. Cuma nampak batang hidung masa cuti sekolah panjang. Itu pasal la, tarak perasan itu worang.

Sedikit petikan dari Wikipedia.

Upin & Ipin ialah tajuk bagi sebuah siri animasi tayangan singkat yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque di Malaysia, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut.

Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 Masihi di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui tiga musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui Internet. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia.

Nak cerita panjang, klik sini.

No comments:

Post a Comment