Thursday, September 17, 2009

Cipta sendiri penggera keselamatan di rumah

Hari Raya semakin menjelang. Tentunya ramai yang sudah bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman. Pastinya anda memikirkan cara terbaik bagi memastikan rumah kediaman anda ditinggalkan dalam keadaan selamat.

Di sini disertakan rekaan sistem penggera keselamatan yang direka khas bagi mereka yang akan meninggalkan kediaman semasa musim perayaan kali ini.

Sistem ini membantu memberi amaran awal sekiranya berlaku kejadian pecah rumah dan pencerobohan. Untuk membina sistem penggera keselamatan ini, kita memerlukan alatan seperti berikut:

Berdasarkan gambar rajah, wayar yang digunakan adalah kecil dan bersaiz antara satu dan dua milimeter (mm) sahaja yang boleh didapati di kedai elektrik.

Wayar yang digunakan perlu disambung ke bekalan bateri 12 volt sebelum di sambung ke hon kereta.

Bagi memastikan bateri tidak lemah sepanjang pemasangan sistem ini, dan semasa meninggalkan rumah, jangan lupa sedia pengecas bateri yang boleh didapati di kedai elektrik dengan harga anggaran RM45.

Sebarang permasalahan dan pertanyaan boleh emelkan terus kepada mail.zulldesign.com.my Selamat mencuba.

Kredit Imej dan Artikel : Mega 10 Sept, 2009.

No comments:

Post a Comment