Musim raya, rumah kami menjadi tumpuan. Meriah dek kunjungan adik beradik mertuaku sementelah mereka berdua adalah abang dan kakak sulung. Berjumpa setahun sekali, kadang-kadang susah juga nak cari topik sesuai bila melayan bersembang. Bukan baya-baya kita!
Nasib baik, subjek tahun ini adalah berkaitan rumah baru kami. Soalan 'klise' seperti berapa kos pembinaan, siapa arkiteknya, tukangnya, pujian serta teguran banyak sedikit menambah seri raya kali ini. Isteri saya dah sibuk didapur menyiapkan juadah tradisi dibantu kakak ipar dan emak mertua.
Malam raya pertama, saya memilih untuk memasang lilin-lilin kecil yang dibeli di IKEA dan diletak atas batang konkrit tiang pagar rumah. Cantik dan comel walaupun lilin itu bertahan sekitar tiga ke empat (3-4) jam sahaja. Tak sempat nak mencari lampu kelip-kelip kecil idaman isteri, "Tak pe lah...tahun depan masih ada." pujuk saya.
Topik paling menjadi tumpuan adalah berkaitan pilihan tingkap nako untuk rumah kami. Cerita bilangan 700 keping kaca tingkap warna hijau kebiruan dibeli dari kedai barangan binaan terpakai dan dicuci mengguna cuka dan sabun sehingga luka-luka tapak tangan habis saya jaja.
Paling saya ingat, ada tetamu jauh datang berkunjung dan... "Bro! Eh...cantik tingkap rumah korang. Susah nak jumpa zaman sekarang...rumah moden tapi tingkap dulu-dulu. Unik la."
Ha! Cat Farish (artis - The Fabulous Cat) satu-satunya tetamu aku yang appreciate pilihan tingkap nako rumah kami. Berkahwin dengan sepupu isteri saya dan ini merupakan kali pertama berkunjung bersama cahayamata sulung mereka, Nia Carmila.
Dengan pantas, aku mengenyit mata pada isteri tercinta! Dalam maksudnya tu...hu hu hu...

No comments:
Post a Comment