Ketika diperingkat membina tiang tetulang konkrit kami dimaklumkan oleh Kontraktor bahawa paras High Beam Level ke Ground Beam Level seperti dalam pelan rumah yang dihantar kepada pihak berkuasa tempatan berukuran 8.8' tinggi. Saya cakap, tak cukup tinggi tu...
Mulalah saya menceceh pasal ventilation, risiko keselamatan (kipas siling boleh capai dek tangan) dan artistik. Cakap saya terhenti bila diberitahu, untuk menaikkan paras ketinggian, ada kos yang perlu diambilkira. Iye ke? Atau saja-saja nak 'menakutkan' kami?
Ada benarnya. Rumah kami, rekaan mengandungi banyak dinding sekatan. Ruang Rumpus misalnya, ketinggian dinding 18' pada keluasan ruang 14' x 28'. Tinggikan? Boleh dijadikan ruang attic atau loteng. Kalau nak tambah paras dinding lagi 1', dianggar kos bertambah $4 ribu bagi keluasan lantai rumah kami 2,250 kps. Itu memang kami 'tak berapa gemar' nak dengar.
Jangan cepat puas hati pula, ketinggian susut 6" apabila dipasang siling plaster. Kemudian lantai apabila diturap simen dan dipasang tiles akan susut lagi ruang ketinggian sebanyak 6".
Saya bertegas, hendak paras 9.5' apabila rumah siap dibina.
Kerut didahi saya yang membawa mesej minta diberi simpati, mungkin menarik perhatian Kontraktor (atau sengaja nak menduga saya). Ada berita melegakan diterima, sejurus itu.
Pesan saya (juga dari kawan-kawan) kepada pengunjung blog Bina Rumah Impian, dapatkan atau tentukan paras siling sebaiknya untuk meransang aliran udara yang sihat.
Kredit Imej : www.superstock.com

No comments:
Post a Comment