Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri.


Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung blog Bina Rumah Impian. Bermaafkan kita sesama manusia atas silap tutur lisan dan tulisan.

Rancang perjalanan jauh anda, dapatkan rehat secukupnya. Orang di sebelah drebar tu, jangan banyak tidur. Perhatikan adik-adik time melayan bunga api dan mercun. Tapi tak 'rock' la kalau main bunga api, jari tak melecur...he he he.

Musim raya tahun lalu (2008) kerja pembinaan rumah kami 'bercuti' seminggu. Dan ketika itu kami sekelurga menyambut raya dengan emosi bercampur-campur terutama emak mertua saya. Katanya ini raya terakhir di rumah mak, tahun depan kita raya di rumah baru. Tahun ini menyaksikan rumah emak dan abah akhirnya ditinggalkan dengan sejuta kenangan.

Penetapan raya seperti lazim menggunakan kaedah rukyah dan hisab. Tak silap saya di awal 90 an' kaedah hisab mempunyai 'markah tambah' ketika penetapan sama ada tarikh berpuasa dan raya Aidilfitri. Rasa-rasa kurang 'thrill' tatkala menunggu pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kerana seolah-olah tarikh-tarikh penting tersebut boleh diramal.

Akhir karya, Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga di Casa Bonda {Nur Azan+Nurlela=Nabila Izzati; Nurul Irdeena; Khayrin Jazleena; }.

No comments:

Post a Comment