Musim hujan di Melaka sekarang, ada rahmatnya dalam bulan Ramadhan ini. Sejuk cuacanya, cuma agak merisaukan mereka yang berniaga di bazaar berjualan juadah berbuka puasa.
Syukur, sejak rumah saya siap dibina hanya satu spot yang dikenalpasti ada kebocoran. Bocornya dikesan apabila kelihatan tanda atau kesan basah pada siling plaster selepas hujan turun. Tidak semestinya punca atau rekahan berada betul-betul di atas kesan basah. Mungkin punca di lokasi lain dan air mengalir dibawah rangka baton atap dan akhirnya jatuh menitis-nitis.
Walaupun rumah siap dibina, sukar untuk beri jaminan 100% bahwa atap bumbung tidak bocor sama seperti menjamin tiadanya hairly crack pada dinding dalam rumah. Langkah mencegah atau bagi mengurangkan risiko boleh diambil.
Rekabentuk bumbung adalah yang pertama. Rumah pada hari ini popular dengan rekaan atap bumbung limas, tudung saji, tebar layar dan berbagai-bagai. Kemudian perhatikan bumbung atau atap rumah-rumah tradisi. Ada hips?
Istilah ini merujuk kepada rekaan bumbung yang membentuk longkang atau rabung pada atap genting dan hips ini terletak di bahagian paling atas sambungan kayu baton. Kerja memasang genting agak mencabar termasuk rabung atap apatah lagi bagi mendapat potongan yang tepat. Hips atau pinggang pada bumbung jika boleh diminimakan.

Pesan pada tukang pasang genting, teliti pada genting ketika memasangnya. Kalau nampak sikit retaknya, hukumnya terus asingkan dan buang.
Seperti di rumah kami, di bahagian rabung atap lapisan tikar asphalt berukuran 12" diletak selari dibawah genting rabung. Fungsinya ialah untuk menghalang air yang mungkin bocor dari bahagian tersebut (akibat simen yang kurang sempurna) menitis terus ke bawah.
Akhirul kalam, sekira anda berhasrat memasang roof turbine ventilator carilah mereka yang pakar. Percubaan memasang sendiri mungkin menjimatkan kos, tapi silap haribulan...bocor dik!
No comments:
Post a Comment